Tuesday, June 12, 2012

17 Fakta Menarik Sekitar Euro 2012






 

1. Kejohanan Euro atau dikenali juga sebagai Piala Eropah mula dianjurkan  pada tahun 1960 yang dimenangi oleh Soviet Union (Russia). Kejuaraan ini danjurkan setiap 4 tahun sekali.

2. Sepanjang sejarah, Jerman menjadi negara paling banyak memenangi perlawanan iaitu sebanyak 3 kali (1972,1980, dan 1996)

3. Dahulunya, kejohanan ini diberi nama European Nations Cup dan berubah jadi European Football Championship. Kini kejuaraan ini lebih dikenali dengan Piala Eropah atau Euro. 

4. Sejak awal sejarah penganjuran kejohanan ini pada tahun 1960, Kejohanan Euro 2012 kali ini akan menjadi edisi yang ke-14.

5. Setelah sebelumnya  dianjurkan di negara-negara Eropah barat (Perancis, Sepanyol, Itali, Belgium, Yugoslavia, Jerman, Sweden, UK, Belanda dan Portugal), inilah untuk pertama kalinya Kejohanan Euro dianjurkan di negara Eropah Timur (Poland-Ukrain).


6. Tahun ini adalah tahun istimewa bagi Euro 2012 kerana untuk terakhir kalinya melibatkan 16 negara peserta. 4 tahun dari sekarang (Euro 2016), ia akan melibatkan 24 negara peserta.

7. Piala Euro yang menjadi rebutan ini memiliki tinggi 60 cm dengan berat 8 kilogram dan diperbuat dari perak asli.



8. UEFA selaku penyelenggara kejohanan ini akan menyewa 8 stadium sepanjang kejohanan Euro 2012 (4 di Poland dan 4 di Ukrain.)

9. UEFA akan menyewa stadium-stadium tersebut 1 bulan sebelum dan selepas kejohanan, iaitu bermula 8 Mei 2012 sehingga 31 Julai 2012.

10. Stadium terbesar di Ukrain adalah National Sports Complex “Olympic” di Kyiv atau Kiev di Ukrain. Stadium ini akan diguna dalam perlawanan akhir Euro 2012 dengan kapasitis 70000 penonton.

11. Stadium terkecil yang akan digunakan dalam kejohanan Euro 2012 terletak di kota Lviv, Ukrain, yang hanya memiliki kapasiti 34000 orang.

12. Stadion terbesar di Poland adalah National Stadium di Warsaw dengan kapasiti 55000 orang. Stadium ini digunakan untuk upacara pembukaan dan perlawanan pertama EURO 2012. Manakala stadium terkecil di Poland ialah di kota Wroclaw yang hanya menampung 42000 orang.

13. Dalam sejarah Euro, inilah kali pertama jarak antara satu stadium dengan stadium yang lain memiliki jarak terjauh iaitu sekitar 2000 km antara Gdansk di Poland da Donetsk di Ukrain.

14. 150 juta orang dari 200 negara di dunia dijangka akan menyaksikan 31 perlawanan Euro 2012 mulai dari penyisihan sehingga ke final. Dan hanya 1.5 juta orang di antaranya yang akan memenuhi seluruh stadium. 


15. Ibu negara Poland, Warsaw, akan menjadi tempat perhimpunan terbesar sepanjang pertandingan yang dapat menampung 100000 penonton.

16. Sebanyak 6000 sukarelawan diperlukan untuk membantu perjalanan kejohanan ini.


17. Jika Vuvuzela menjadi taruhan Afrika Selatan dalam kejohanan Piala Dunia 2010, maka Zozulitsa akan membawa warna tersendiri dalam kejohanan Euro 2012.
Zozulitsa mengeluarkan bunyi lebih dalam dan sedap didengar, tidak melengking tinggi seperti vuvuzela.



sumber:http://desxripsi.blogspot.com

Entri-Entri Berkaitan.....

2 comments:

Related Posts with Thumbnails