Setelah 14 tahun, kedudukan Nokia sebagai penjual telefon bimbit
terbesar di dunia, kini tempatnya telah diambil alih oleh Samsung,
menurut firma penyelidikan, Gartner.
Hasil penyelidikan jualan bagi suku pertama tahun ini, Samsung berjaya menjual 86.6 juta telefon bimbitnya mengatasi Nokia yang hanya mencatatkan jualan sebanyak 83 juta unit dan Apple melalui jualan 33 juta unit iPhone keluarannya.
Kejayaan Samsung itu disumbangkan oleh jualan telefon bimbit pintarnya untuk mengatasi Nokia. Ia menyumbang 43.9 peratus kepada jualan keseluruhan Samsung berbanding Nokia hanya 16 peratus.
Berdasarkan penguasaan pasaran dalam suku pertama itu, Samsung menguasai 20.7 peratus pasaran, diikuti Nokia (19.8 peratus), Apple (7.9 peratus), ZTE (4.2 peratus) dan LG (3.5 peratus).
Bagaimanapun menurut Gartner, jualan telefon bimbit dunia dalam suku pertama 2012, merosot dua peratus kepada 419.1 juta unit berbanding tempoh sama 2011 iaitu berjumlah 427.8 juta unit.
Sementara itu, jualan telefon bimbit pintar terus mencatatkan jualan memberangsangkan iaitu sebanyak 144.4 juta unit dijual dalam suku pertama tahun ini, iaitu meningkat 44.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, dari segi persaingan jualannya, Samsung kembali mengatasi Apple apabila berjaya menjual 38 juta unit di seluruh dunia.
sumber: utusan
still....aku pengguna nokia....
ReplyDelete