Skip to main content

Lelaki Korea Ini Pemilik Rekod IQ Tertinggi di Dunia






Kim Ung-Yong, seorang rakyat Korea Selatan dilahirkan pada tahun 1962 dan berkemungkinan adalah manusia terpandai di dunia yang masih hidup saat ini (dia diakui oleh Guinness Book of World Records sebagai manusia memiliki IQ tertinggi di planet bumi). 


Pada usia 3 tahun dia sudah boleh membaca dalam bahasa Inggeris, Jepun, Korea dan Jerman. Pada ulang tahunnya yang kelima, dia telah dapat menyelesaikan masalah matematik yang rumit (diferental dan integral). Kemudian, di siaran televisyen Jepun, dia menunjukkan kemampuannya bertutur dalam bahasa Cina, Sepanyol, Vietnam, Tagalog, Jerman, Inggeris, Jepun, dan Korea.


Kim tercatat dalam Guinness Book of World Records di bawah kategori IQ tertinggi; iaitu dengan skor lebih dari 210.

Kim telah diundang menjadi seorang mahasiswa fizik di Universiti Hanyang dari usia 3 tahun sehingga usia 6 tahun. Pada usia 7 tahun dia diundang ke Amerika Syarikat oleh NASA.


Beliau akhirnya berjaya memperoleh Ph.D. dalam bidang fizik di Colorado State University sebelum berumur 15 tahun. Pada tahun 1974, ketika masih menjadi pelajar universiti, Kim mulai bekerja sebagai saintis di NASA dan menyambung pekerjaan ini sehingga kembali ke Korea pada tahun 1978 di mana dia memutuskan untuk beralih ke bidang civil engineering. Dia kemudiannya memperoleh P.h.D dalam bidang ini.

Pada tahun 2007 Kim menjawat jawatan sebagai ketua fakulti tambahan di Chungbuk National University.


sumber: wikipedia

Comments

  1. bertuah nya dia anugerah Allah yg tidak terhingga...Ya Allah berilah hidayah kepadanya..

    ReplyDelete
  2. Salah ni. Yang paling tinggi sekarang budak umur 11 tahun, K. Vishalini. Die da kalahkan da mamat korea ni. Lagi otai punye iq. Noharom.
    http://cuckoostuff.blogspot.com/2012/03/vishalini-prodigy-with-highest-iq-in.html

    ReplyDelete
  3. banyaklah yang tak teraxpose ber IQ tinggi

    ReplyDelete
  4. saya nak sgt sgt sgt pelajar di Msia yg paling tinggi IQ dia berapa?

    ReplyDelete
  5. saya nak sgt sgt sgt pelajar di Msia yg paling tinggi IQ dia berapa?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.