Skip to main content

Lelaki Ini Hidup Berbogel Hampir 20 Tahun di Sebuah Pulau






Beginilah nasib seorang warga emas,Masafumi Nagasaki, 76 yang dikatakan tinggal di sebuah pulau di Sotobanari dan beliau memutuskan untuk mati sahaja di situ. Dengan tiada memakai apa-apa pakaian dan makan apa sahaja untuk hidup dia memilih untuk menghabiskan usia emasnya di sebuah pulau terpencil. Dengan keluasan lebih kurang satu kilometer, pulau itu lebih dekat dengan Taiwan berbanding Jepun namun jarang sekali dikunjungi para nelayan tempatan untuk memasang jaring ikan.


Pulau ini tiada bekalan air semulajadi dan sejak mendirikan rumah di situ,Nagasaki selalu dilanda ribut taufan serta gigitan serangga berbisa,namun kesukaran baginya tidak menghalang untuk terus berada di situ dengan kunjungan lawatan oleh ahli keluarga seminggu sekali membawa sekali beras dan wang saku $120.00.

"Saya tidak peduli apa yang orang ramai kata tentang saya tetapi saya amat menghormati alam semulajadi. Anda tidak boleh melawan alam semulajadi tetapi harus patuh kepada peraturannya.Itulah yang saya pelajari bila saya mula-mula datang ke sini dan dapat menjalani kehidupan di sini dengan baik."ujar Nagasaki.


Beliau yang dahulunya bekerja dalam industri hiburan memilih untuk tinggal di pulau itu sendirian dan jauh dari tamadun dunia.Keazamannya untuk tinggal di situ telah beberapa kali di uji bila pulau tersebut dilanda taufan,hampir tiada tumbuhan yang tinggal dan hanya mampu berteduh dibawah sebuah khemah kecil.

"Saya hangus terbakar dibawah sinaran cahaya matahari,dan pada waktu itu saya memikirkan bahawa mustahil boleh hidup ditempat sebegini".

Dia mula membaling kesemua pakaiannya pada tahun pertama beliau di sini kerana baginya pulau itu mula membuatkannya tidak merasa malu dengan apa yang dilakukannya.


"Berjalan dengan keadaan telanjang  mungkin tidak sesuai dengan masyarakat biasa tetapi di pulau ini ianya seperti pakaian seragam.Jika anda memakai pakaian anda akan merasa terasing dari pulau ini. Mencari tempat untuk mati adalah perkara penting yang mesti dilakukan dan saya mengambil keputusan untuk mati di pulau ini ,mati disamping alam semulajadi dan bukannya dikelilingi keluarga atau dihospital."tambah beliau.

sumber:  http://zulcomz.blogspot.com, dailymail.co.uk

Comments

  1. bodohnya manusia tiada agama

    ReplyDelete
  2. bila tiada matlamat hidup utk dicapai..
    beginilah akhirnya...

    ReplyDelete
  3. tak apalah telanjang hidupnya sendirian tak ada yang lihat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”