Hasrat Indonesia untuk memiliki bangunan komersial tertinggi di
bandar raya Jakarta akan tercapai menerusi pembinaan sebuah menara
berketinggian 638 meter dengan 111 tingkat yang dinamakan sebagai
Signature Tower. Ia dibangunkan seorang usahawan terkemuka Indonesia, Tomy Winata.
Selain menjadi mercu tanda ibu negara Jakarta, menara itu turut menempatkan ruang pejabat dan hotel mewah.
Menurut media tempatan, pembinaan Signature Tower di Sudirman Central Business District (SCBD) yang merangkumi kawasan seluas 45 hektar itu, bakal mengatasi ketinggian 452 meter Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur yang pernah menjadi menara tertinggi di dunia pada 1998 hingga 2004.
Pembinaan menara tersebut yang menelan kos AS$2 bilion (RM6 bilion), diharap akan mula dibina tahun ini dan disiapkan dalam lima tahun akan datang.
Bangunan itu dirancang oleh perunding-perunding berkelas dunia yang berpengalaman dalam pembangunan menara-menara tinggi dunia.
Usaha membangunkan Signature Tower juga diinspirasi daripada keindahan alam, kekayaan, budaya Indonesia dan akan turut memaparkan elemen kepak sayap burung garuda sebagai simbol negara Indonesia.
Berdasarkan senarai 100 menara tertinggi di dunia yang dikeluarkan Majlis Bangunan Tinggi dan Populasi Bandar Institut Teknologi Illinois di Chicago, Signature Tower akan menjadi menara tertinggi kelima dunia.
Bangunan tertinggi pertama dunia pada masa ini ialah Burj Khalifa di Dubai, yang dibina pada ketinggian 828 meter dengan 163 tingkat.
sumber: utusan, skycrapercity
waw amazing banget
ReplyDeletepa tomy wianata , idenya benar2 cemerlang
ReplyDeletekukuhkan dulu ekonomi tu,baru la saingi malaysia...stop hntar pekerja dtg kerja sini...lpas tu bru pk hal nak buat bgunan tggi....jgn sibuk nak sama taraf dengan malaysia,sbb kamu tu masih jauh lagi....
ReplyDeleteSalah satu tanda2 kiamat...makin byk terbinanya bangunan mencakar langit...
ReplyDeletepetronas tower still menara berkembar tertinggi didunia dan pernah menjadi menara tertinggi didunia dari 1999-2004.indonesia baru buat bangunan tertinggi pun belum dapat pegang lagi rekod tertinggi didunia.tapi tidak mengapa,kami rakyat malaysia tak kisah.takut nanti udah siap menara rakyatnya aja terlalu membangga hingga hidungnya lebih tinggi dari menara.
ReplyDeleteKalau dah siap pun bukan semua rakyat boleh naik @ tinggal kat situ.. nak sentuh tiang pun susah... Isu keselamatan pulak.. Cuba buat lebih tinggi, 1 km ke.. BARU KELAS..
ReplyDeleteMalaysia pernah pegang rekod menara tertinggi kat dunia dari
ReplyDelete1999-2004 tak ke terer malaysia ni .menara ni blom tentu dapat title..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemlysia pun otw mmbina mnara tnggi drpd indo.. menara warisan tinggi 685m..- under contrtion..
ReplyDeletebuatkan saingan sampai tingkatan langit
ReplyDeleteMenara nya batal dibangun, kerana tidak mempunyai uang...hehehe
ReplyDeleteBelum dibangun sudah sombong...loh makan.itu sombongnya, Tidak dibangun @ BATAL....Hahaha
wah amazing banget.
ReplyDeletesayangnya gak jadi.