Skip to main content

Amerika Syarikat Bakal Bom Makkah dan Madinah Seperti Hiroshima





Amerika Syarikat sedang mempersiapkan sebuah rancangan dan senario yang mengancam tanah suci Makkah dan Madinah. Negara Barat itu merancang perang kemusnahan dengan menggunakan bom atom terhadap Makkah dan Madinah. Ini merupakan langkah deteren terhadap negara-negara Islam yang menjadi ancaman bagi Amerika Syarikat.


Tentera Amerika Syarikat dilaporkan sedang mempersiap dan melatih para pemimpin masa depan bahawa perang terhadap umat Islam di seluruh dunia sangat diperlukan, bertujuan melindungi Amerika dari ancaman pengganas Islam, seperti dilaporkan oleh BBC baru-baru ini.

Berita yang dikeluarkan oleh BBC itu mengatakan, bahawa tentera Amerika sedang mengajar para pemimpin masa depan yang akan melakukan perang besar melawan 1.4 billion umat Islam di seluruh dunia.

Sekolah yang mendidik para pemimpin masa depan itu, seperti diungkapkan oleh seorang bekas tentera yang mengajar di Sekolah Staf Gabungan Angkatan Bersenjata di Norfolk, Virginia.

Sekolah dan pendidikan tentera yang dikhususkan kepada calon pemimpin masa depan itu, termasuk menggunakan cara seperti Amerika Syarikat menghadapi Jepun dengan mengebom Hiroshima.


Mereka diajarkan ilmu peperangan, termasuk bagaimana menghapus seluruh kota dan pekan kecil di negara-negara Islam, serta kemungkinan menggunakan senjata nuklear, terhadap kota-kota suci Makkah dan Madinah.

Pesara tentera di Norflok, Virginia itu, mengatakan bahawa tidak ada konsep Islam sederhana. Beliau turut  mengatakan, keseluruhan agama (Islam) itu harus dianggap sebagai musuh melawan Amerika.

"Mereka membenci segala sesuatu yang anda perjuangkan dan tidak pernah akan hidup berdampingan dengan anda, kecuali anda serahkan Amerika,", ungkap instruktur Angkatan Darat, Letkol Matthew Dooley, dalam ceramahnya di Sekolah Tinggi Staf Gabungan Angkatan Bersenjata di Norfolk.


Dooley mengatakan teori perang yang baru sudah menganggap “tidak relevan lagi teori” bahawa Konvensyen Geneva yang menetapkan standard dari konflik bersenjata.

Rencana perang itu ingin menjadikan negara seperti "Arab Saudi terancam kelaparan ... kota-kota suci Islam, di antaranya Makkah dan Madinah di Arab Saudi "dihancurkan" secara keseluruhan. Itulah rancangan masa depan para pemimpin masa depan Amerika Syarikat, dan mereka akan lahir dari lembaga tentera tertinggi di Norfolk, yang menjadi markas operasi mereka.


sumber: http://www.voa-islam.com, dailymail.co.uk

Comments

  1. berani la sgt nak bom Makkah tu...kang kene batu api dari neraka cam tentera bergajah dulu tu baru padan muke ko US...

    ReplyDelete
  2. lindungilah Makkah & Madinah, ya Allah.. Allahuakhbar!!!

    ReplyDelete
  3. Dajjal pon x leh nk tembus.. Inikan bom atom je.. Jangan risau saudara saudari ku.. Rumah Allah di bawah perlindungan-Nya..

    ReplyDelete
  4. agree with the three anonymous, but.. entry encik billy kali ini boleh menimbulkan kontroversi. serius. mmg entri ni tak salah tpi encik billy rasanya perlu mengemukakan bukti yang kukuh untuk entry ni. Btw, tak naklah nanti kalau masuk buletin utama plak kan? hehe. and kalau ye la. senang betul pihak amerika nak dedahkan rancangan dyorang kan? this make me wonder.

    ReplyDelete
  5. ryuuchi,

    tq for the concern.fyi,berita ni dh trsebar scr meluas di media2 eropah sejak minggu lepas lg. as of now mmg xde bukti kukuh, tp apa yg ditulis di atas adlh 100% bersumberkan akhbar dailymail, akhbar paling berpengaruh di UK (sy dh link kan di atas).

    sama ada kita nak percaya atau x, sy rasa ada asasnya, wlpun jika skdar rumours semata-perlu igt, amerika dikuasai siapa~

    wallahualam

    ReplyDelete
  6. Terus terang cakap... yg buat analisis US akan serang Mekah tu org yg x reti ilmu politik... ketenteraan n kemanusiaan... sbb aper aku kata mcm tu? sbb nih... US bkn akan dpt tentangan dari arab je... tapi seluruh dunia yg ada org Islam...

    sekarang nih US just dpt tentangan dari Arab... bkn nye Islam... org US je duk cop Islam... org2 penting kat US tu paham je saper ancaman... bkn Islam tapi arab...

    ReplyDelete
  7. takpe...allah maha berkuasa diatas segala-galanya..

    ReplyDelete
  8. alahaii herannyaaa dengan propa amerika nih.bom ar.nak tgok sikit jadi ka dak.bom bom.heran~
    Allah Maha Berkuasa.

    ReplyDelete
  9. memetik kata2 anon May20..Terus terang cakap... yg buat analisis US akan serang Mekah tu org yg x reti ilmu politik... ketenteraan n kemanusiaan... sbb aper aku kata mcm tu? sbb nih... US bkn akan dpt tentangan dari arab je... tapi seluruh dunia yg ada org Islam..

    actually, salah sorang pensyarah aku yang juga sorang tentera cakap, dorang dah pun mula taktikal serangan terhadap islam iaitu kat negara2 arab, memang btol dorang serang mekkah sume orang islam marah, tapi tengok la umat islam ari nie, apa tndakan yg kita ambil bila saudara seislam kita dibunuh dan dibom di Palestin, Iraq, Afghanistan dan lain2?mereka lakukan satu persatu dan sampai masanya mereka akan menyerang tempat no.1 umat islam and pada masa 2 jangan terkejut jika kita sudah lali dan alpa, hanya marah dan mengutuk tapi tak buat apa2,mgkin sedikit demonstrasi mengecam US then balik rumah makan tidur macam hari2 je..dorang planning bukan kejap je,da bermula bertahun2 walau presiden btukar ganti, tapi matlamat kongress dorang tetap sama, menjatuhkan Islam..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. laaaa, makkah adalah salah tempat tinggal imipian aku kelak..slumber jer ko Amerika(yahudi) nak musnahkan?? lihatlah kuasa Allah ker kuasa manusia biasa ciptaan Allah yang menang,,..
    jika aku mati terseksa di dunia, aku rela jika syahid yang menantiku. aku sanggup dan aku akan buat!! mari kita sama2 bersiap sedia! bekalkan diri dengan ilmu pengetahuan dunia akhirat dan harta!!

    p/s-emo pulak..nice blogg billy,,.. :)

    ReplyDelete
  12. rase ape billy ckp ni btl la.... aku ade tebace tntg prg armageddon atau atau perang akhir zaman... dlm 2 ade ckp yang tentera kafir laknatullah (apa lagi kalu bukan "you ass / US" dan sekutu beruk mereka) ni akan kejar orang yang disyakki imam mahdi dari iraq ( tempat dimana di yakini ulama akan kelahiran al- mahdi) hingga ke kota suci makkah al mukarramah. cubaan mengejar al-mahdi itu akan terbantut di dikota makkah di mana al -mahdi akan masuk dalam makkah dan pada masa itu akan ditahui la bahawa orang yang bernama ahmad/mohamad bin abdullah yang dikejar itu akan diyakini ulama pada masa itu bahawa dia adalah al-mahdi yang ditunggu2 (the chosen one) berdasarkan pada bukti2 pada fizikalnya dan stylenye yang persis Rasulullah swt tapi bukan Rasulullah ye cume carenye same dan bukan kelahiran semula mcm buddha 2. beliau (al-mahdi) adalah orang lain cume name gaya cara kepimpinan rupa saje same dengan Rasulullah kerana beliau adalah keturunan ahlul bait (keturunan rasulullah) dari sebelah fatimah dan ali( yang aku x berapa ingat)dan pada masa itu die akan selamt dalam kota suci makkah dan terus diangkat menjadi ketua islam memerangi you ass/ US/ kafir laknatullah/ dajjal ni bersama-sama panji islam yang di juga di anggotai oleh nabi Isa AS dan perang bermula sehingga kemenangan berpihak pada islam sehingga islam itu makmur selama 7 tahun seterusnya dan sehingga kiamat ( ada beberapa event lain lagi yang saya x berapa ingat yang juga berlaku pada masa itu). sesungguhnya Allah SWT pasti melindungi kita selagi kita berpegang pada tali Allah iaitu Al- quran dan As- Sunnah dari junjungan besar kita Nabi Mohammad SWT. Jangan lah kita gentar dengan kafir ini kerana kecanggihan senjatanya kerana kekuatan iman kita kpd Allah itulah yang paling ditakuti oleh mereka dari dulu hingga sekarang.... wallahualam bis sawab

    ReplyDelete
  13. Tentera Dajjal pun tidak dapat memasuki Makkah dan Madinah kerana dilindungi Malaikat oleh sayap2 mereka..inikan pulak setakat tentera U.S... Allahuakbar, marilah bersatu wahai umat islam seluruh dunia..

    ReplyDelete
  14. marilah kita bersatu...umat Islam harus bersatu..
    jgn berpecah belah...Allahuakhbar!!!!!
    moga Allah sentiasa bersama2 kita..Aminnn

    ReplyDelete
  15. makkah itu rumahNya dan Madinah tempat kekasihNya kalau diteliti sejarah awal tahun gajah nenda junjungan abdul muttalib pun tak mampu menahan serangan abrahah dari yaman hai amerika dan sekutu beruk kamu akupun tidak mampu menahannya dan tidak suka kamu melakukannya olehitu hendaklah kamu teliti kata nenda junjungan ini kepada abrahah "hai abrahah pulangkan 1000 ekor unta yang kamu rampas kerana itu adalah hak aku dan abrahah pun menyahut bersetuju dengan syarat abdul mutalib menyerahkan kaabah kepadanya lalu abdul mutalib berkata sesunggohnya unta itu adalah hak miliknya yang sebenar dan sesunggohnya kaabah itu ada tuannya dan mintalah kepada tuannya sekiranya kamu mampu diakhirnya hai amerika dan sekutu beruk kamu fahamilah maksud kamu itu terkandung dalam surah AL-Fil dalam alQuran

    ReplyDelete
  16. boleh caye ke artikel ni?

    ReplyDelete
  17. mmg bila hampir kiamat Mekah dan Madinah musnah. . ape la kerek2 sgt. . suro US bomb Mekah konon. . DUNIA akan Hancur. . MEKAH juga tidak terkecuali. . segala nya dengan Izin Allah. . Wujud nya Yahudi dan Israel adalah semata2 Ujian bagi Umat Islam. . bukan ntuk menyiksa kita. . ia adalah Ujian untuk kita MASUK KE DALAM SYURGA. . x lepas ujian mane boleh masuk tmpt BEST2. . Lawan NAFSU. . Lawan GODAAN SYAITAN. . Lawan SIFAT2 SOMBONG TAKBUR MEMBOHONG dan Mencuri sebagainya. . baru kita BERTEKAD nak LAWAN YAHUDI. . anak2 REMAJA skrg lifestyle pon mcm Yahudi. .mcmana nak PERANG nant ? didik lah diri kita,sedara2 terdekat dan GENERASI kita akan datang. . Semoga Kita dapat LEPAS ujian ntuk Ke SYURGA nya. . Yahudi bkn Ancaman pada Allah. . Yahudi hanyalah makhluk yg dicaturkan oleh Allah untuk menguji keimanan UMAT ISLAM. .

    ReplyDelete
  18. antara tanda2 akan berlakunya kiamat besar adalah kemusnahan kaabah....

    ReplyDelete
  19. hahahahaha.....................org amerika ni mmg x ada akal lh......sdang kan perang kt negara2 islam pun dorg sush nk mnang ni lgi nak lwan umat islam seramai 1.4 bilion.....hotak x ada........dorang x fikir ke bukan dorang je ada bom nuklear....orang islam pun ada lh......apa dorg ingat dorg je ada saintis hebat2.....orang islam pun ada lh.......apakh kafir2 ini blum sedar bahawa orang2 islam ni sangup mati demi agama.......sdang kan tsunami yg mmpunyai kuasa pmusnah lebih kuat dari nuklear pn x dapat musnah kan masjid ini kn lagi bom nuklear nak hancurkan mekah dan madinah.............................................................................message from a Muslim ........ if American tried to destroy the Muslim holy land ...... beware ..... because all the Muslims will combine to destroy all of american infidels.............beware.............

    ReplyDelete
  20. IMAM MAHDI & MEKAH... Kemunculan Imam Mahdi sudah pasti dibaiah depan Kaabah diMekah. Kesah Amerika nak bom Mekah dan Madinah itu cuma propaganda dan gertak Yahudi Dajjal serta kuncu2nya saja, supaya Imam Mahdi cepat keluar dari tempat persembunyiannya. Jika mereka betul2 berani serang "Kaabah Rumah Allah", boleh cuba dipersilakan.. Tunggulah turun semula Ababil yg didatangkan Allah dari Langit, pasti mereka hancur lebur bagaikan debu...

    Allah Maha Berkuasa lagi Maha Merencana. Sebelum pakatan Dajjal Illuminati datang menyerang Kaabah Mekah dan Madinah, Allah datangkan Malaikat Bumi ledakkan dulu "Yellow Stone" yg sedang membara tetapi maseh terpendam. Tunggulah akan berlaku satu gemparan seluruh dunia, hingga 3/4 Amerika tenggelam terbenam. Maka sudah pasti sejarah dunia akan mencatitkan satu sejarah baru, "America The Lost Continent"...

    ReplyDelete
  21. khabar berita ini seperti tanda tanda kiamat dah nk hmpir

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.