Skip to main content

Sedih...Tandas Awam Dijadikan Tempat Tinggal Keluarga Ini






Hidup di bawah jambatan atau tinggal di kaki-kaki lima menjadi salah satu cara golongan miskin meneruskan hidup dari kejamnya ibu kota.


Keadaan itulah yang kini dirasakan oleh seorang lelaki di China. Namun bezanya, sang lelaki yang berasal dari wilayah Jilin itu memilih untuk tinggal di dalam tandas awam bersama dengan isteri dan seorang anaknya yang masih kecil.

Zeng Lingjun mengubah sebuah tandas awam yang sudah tidak digunakan di kota Shenyang, China sebagai rumah tempatnya berteduh. Dia tinggal di tempat tersebut sejak 6 tahun lalu. Zeng Lingjun yang hanya seorang tukang kasut memutuskan untuk tinggal di tandas tersebut setelah mendapatkan informasi dari rakannya.

Untuk menjadikan tempat itu nyaman, Zeng mengubahsuai dengan membina pintu dan semua penghadang bilik dengan kayu. Kemudian dia menutupnya dengan papan dan mengubahnya sebagai bilik tidur. Satu ruang lagi turut diubah sebagai tempat kerjanya.

Setelah Zeng mendirikan rumah tangga, dia memutuskan untuk pindah ke sebuah apartemen bersama dengan isterinya, namun dengan pendapatannya yang hanya RM 315 sebulan dianggap tidak mencukupi lantas dia  memutuskan untuk kembali ke tempat tinggal lamanya di tandas awam. Kini keduanya telah memiliki seorang bayi.






sumber: http://absoluterevo.wordpress.com

Comments

  1. sedihnya. harap akn ada yg fikirkan kenapa jadi mcm tu

    ReplyDelete
  2. siannya anak kecil yang tidak tahu apa-apa dan membesar di tandas awam =(

    ReplyDelete
  3. Xde siapa2 yg terfikir mcm mana gaji 315 sebulan bleh ada desktop dual monitor?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.