Thursday, April 5, 2012

Pelik Tapi Benar, Pasangan Kembar Dari Satu Rahim, Tetapi Berbeza Bapa!





Charlotte Hilbrandt, wanita berusia 36 tahun berasal dari Aalbaek, Denmark ini cukup beruntung dikurniai anak kembar yang kini sudah menginjak usia 6 tahun. Kedua-duanya iaitu Marcus dan Lucas lahir pada 23 Ogos 2005 dan hanya terpisah dengan jarak waktu 48 minit.


Meskipun lahir nyaris serentak, kedua-dua kembar ini tidak kembar secara identiti kerana memiliki perbezaan fisikal dan mental yang nyata. Marcus yang lahir lebih awal pada pukul 01.35 berperawakan pendek dan sedikit berisi, berambut meran dan sangat enerjetik, sedangkan Lucas yang lahir pukul 02.23 lebih kurus, berambut perang dan sedikit kurang energetik.

Tidak menghairankan jika sifat kedua-dua kembar ini bagaikan bumi dan langit, kerana hasil pemeriksaan DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) menunjukkan sebuah fakta yang sangat mengejutkan. Marcus dan Lucas adalah saudara kembar dari satu ibu, namun dipastikan 100 peratus kedua-duanya berasal dari 2 ayah yang berbeza!


Sebelum mengandung anak kembar, Charlotte berstatus sebagai isteri kepada Michael dan telah memiliki 2 anak iaitu Philips (12 tahun) dan Victor (8 tahun). Namun pada Ogos 2004, pasangan suami isteri ini bercerai kerana ketidakserasian yang tidak mungkin lagi dipertahankan.

Kerana tidak ingin terlalu lama menjanda, Charlotte segera mencari pengganti barunya. Lelaki itu bernama Tommy. Perkenalan singkat itu menjadi akrab sehingga membawa mereka kepada hubungan ranjang.

Namun tak disangka, bekas suami Charlotte, Michael masih berharap untuk rujuk semula dan pada suatu ketika berjaya memujuk Charlotte sehingga membawa ke satu lagi hubungan di ranjang hanya dalam tempoh 48 jam sejak Charlotte melakukan hal yang sama dengan Tommy.

Skandal itu akhirnya terbongkar apabila Michael dan Tommy sama-sama menuntut penjelasan mengenai status siapa ayah kandung kedua-dua kembar tersebut. Meskipun begitu, ujian DNA hanya dilakukan ketika Marcus dan Lucas berusia 1 tahun.

Kebenaran akhirnya terungkap dan anehnya, tidak ada satupun pihak yang dikecewakan oleh hasil ujian DNA itu. Charlotte dan kedua-dua lelaki ini sama-sama berhak menjadi ibu-bapa kandung, kerana Marcus memiliki DNA yang sama dengan Michael manakala Lucas mewarisi DNA Tommy.


Kes kembar dari 2 ayah yang berbeza seperti yang dialami Charlotte ini adalah sangat jarang berlaku. Kejadian ini hanya terjadi pada 1 dari 1 billion kes kelahiran bayi kembar.




sumber: fakta-sesungguhnya.blogspot.com

Entri-Entri Berkaitan.....

1 comments:

Related Posts with Thumbnails