Sebuah cafe di Brooklyn menawarkan menu khusus kepada para ibu bapa yang inginkan anak kecil mereka merasai minuman kopi. Dengan membayar US$2 (RM 6) anak kecil boleh menikmati secawan babyccino, iaitu kopi tanpa kafein.
Pemilik kedai Gorilla Coffe Sean Chin mengatakan sebanyak 10 perisa babyccino laris setiap hari. “Rahsia menarik pelanggan bukan sahaja terletak pada menu kami, tetapi pada kopi khas untuk anak-anak kecil,” katanya.
Populariti babyccino dimulai di Australia sejak satu dekad lalu. Dan dengan cepat tersebar di antara ibu bapa. Kini sangat sukar untuk menemui kedai kopi di Australia yang tidak menyediakan babyccino, ujar pakar kopi Australia, Paul Caligiore.Namun begitu, dia mengingatkan akan bahaya minum kopi kepada kanak-kanak yang masih kecil. “Kopi boleh mempengaruhi pertumbuhan, dan bila disajikan pada suhu tertentu berbahaya kepada peminum,” katanya.
Saya berharap En Billy dapat post nama2/jenis2 kopi dan negara asalnya
ReplyDeleteTQ
thank you for the idea!
ReplyDeleteinsyaAllah akan dtg dlm nex entri