Friday, March 23, 2012

Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2011

 
 



Buat adik-adik yang baru dapat keputusan SPM tempoh hari dan masih tercari-cari peluang mendapat penajaan, di sini Abang Billy (erk geli tekak..heehee) ada sikit info biasiswa yang dikumpulkan dari beberapa sumber. Post ini juga khas buat adik Encik Billy yang masih terkial-kial kat rumah tu...buat kamu itu, sila take note!



Senarai Biasiswa Lepasan SPM 2011 | Tawaran Untuk Biasiswa 2012/2013

Biasiswa Yayasan Proton
Terbuka buat mereka yang ingin melanjutkan pelajaran berkaitan automotif. Ada 3 kategori disediakan, biasiswa untuk pelajar cemerlang SPM2011 (cgpa 3.5 ke atas), biasiswa untuk keluarga kurang berkeupayaan (cgpa 3.0 ke atas) dan biasiswa untuk anak-anak kakitangan Proton. Para pelajar yang mendapat tawaran akan diberikan sehingga RM6,600 setahun + sebuah laptop percuma dan tawaran latihan (dengan elaun khas) dengan Proton.

Untuk memohon: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 30 April 2012


Biasiswa Petronas 2012/2013
Untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi PETRONAS atau universiti luar/antarabangsa cawangan di dalam Malaysia.

Permohonan secara online: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 28 Mac 2012



Bank Negara Malaysia Scholarship Award 2012/2013
Tawaran dibuka untuk semua lepasan STPM dan juga SPM yang baru sahaja diumumkan. Untuk lepasan SPM 2011, sekurang-kurang 8As (A dan A+ sahaja) adalah kriteria minimum yang ditetapkan. Info lanjut: KLIK SINI.

Permohonan secara online: BNM Scholarship Awarad 2012/2013
Tarikh tutup: 29 Mac 2012



British Council IELTS Scholarships 2012
Sebanyak RM50,000 keseluruhan disediakan kepada 5 pelajar Malaysia untuk lanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara di bawah program dari universiti yang diiktiraf oleh IELTS Sebanyak 2 tawaran biasiswa diberikan kepada pelajar yang berminat untuk sambung belajar di Australia dan Amerika Syarikat.

Permohonan secara online: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 30 Jun 2012



UTM Endowment Scholarship
Sebanyak RM2.5 Billion diperuntukan untuk program biasiswa ini. Kepada yang berminat, anda boleh layari http://www.utm.my atau telefon 07-553 0248/553 0185 (Unit Bantuan Kewangan).
Tarikh tutup: 16 April 2012



Biasiswa Yayasan Khazanah Nasional
Terdapat beberapa kategori biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Khazanah Nasional buat warga Malaysia serta warga asing yang ingin melanjutkan pelajaran. Anda boleh memilih mana-mana pilihan yang ada - terdapat 6 pilihan biasiswa ditawarkan oleh Yayasan Khazanah Nasional Malaysia.

Untuk melihat senarai serta info lanjut dan juga permohonan: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 1 April 2012



MREPC Scholarship Award
Tawaran biasiswa untuk semua yang berminat untuk mendapatkan biasiswa di bawah Kementerian Komoditi dan Asas Tani. Bidang yang berkaitan, adalah seperti kejuruteraan kimia, kejuruteraan mekanikal, elektrik dan elektronik, teknologi polimer, pemasaran dan perniagaan, alam sekitar serta IT.

Untuk info dan maklumat lanjut: KLIK SINI.
Tarikh tutup: 30 March 2012



Biasiswa Yayasan Sime Darby
Terdapat beberapa biasiswa untuk para pelajar lepasan Diploma, STPM, SPM serta juga bantuan khas untuk golongan OKU. Anda boleh dapatkan senarai biasiswa oleh Yayasan Sime Darby.

Permohonan secara online di sini: Biasiswa Yayasan Sime Darby
Tarikh tutup: 20 April 2012


Untuk lebih banyak peluang, sila Google senarai berikut: Senarai Biasiswa 2012 Di Malaysia Untuk Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi:
  1. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia
  2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia
  3. Biasiswa Petronas, Malaysia
  4. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia
  5. Biasiswa FELDA, Malaysia
  6. Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia
  7. Biasiswa Yayasan TM, Malaysia
  8. Biasiswa Yayasan Khazanah, Malaysia
  9. Biasiswa Yayasan UEM, Malaysia
  10. Biasiswa Sime Darby, Malaysia
  11. Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia
  12. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia
  13. Biasiswa Maybank, Malaysia
  14. Biasiswa Proton, Malaysia
  15. Biasiswa Shell, Malaysia
  16. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
  17. Biasiswa Tunku Abdul Rahman
  18. Biasiswa New Zealand Commonwealth
  19. Biasiswa Singapura
  20. Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir
  21. The UEM Scholarship Programme
  22. Biasiswa Romania
  23. Biasiswa Taylor’s World Class
  24. Biasiswa Astro
  25. Program Penajaan Pendidikan Petronas
  26. Hong Leong Foundation Scholarship Programme
  27. British Council IELTS Scholarship
  28. The Titijaya Scholarship Fund
  29. Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship)
  30. Biasiswa Yayasan TM
  31. AMCHAM-MACEE Scholarship Program
  32. Limkokwing Scholarship Award
  33. Gamuda Scholarship Award
  34. Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP)
  35. The Star Education Fund
  36. Securities Commission Malaysia Scholarship Award
  37. Program Tajaan Khazanah Global
  38. Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Undergraduate Studies
  39. Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  40. Bank Negara Malaysia Scholarship Award Academic Session
  41. Sin Chew Daily Education Fund
  42. ASEAN Scholarships for Malaysia

Entri-Entri Berkaitan.....

2 comments:

  1. Bestnya...sy dah 'termasuk' unirazak aka umtech..huhu...

    ReplyDelete
  2. Best nay klu dapat biasiswa nii,,,,

    http://kerjakosongterkini2012.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails