Skip to main content

Fakta-Fakta Kekejaman Israel Terhadap Rakyat Palestin





Tiada yang lebih di tangisi oleh umat Islam selain Masjid Al-Aqsa di Kota Suci Al Quds, Baitulmaqdis berada dalam cengkaman rejim zionis Israel hingga ke hari ini.Cengkaman tersebut menyebabkan umat Islam dinafikan untuk keluar masuk melakukan solat di dalamnya. Lebih memedihkan, Israel merancang untuk melenyapkan masjid itu dari muka bumi ini.


Ikuti fakta-fakta kekejaman Israel di Bumi Palestin:
  • Langsung tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya pada hari ini apabila umat Islam yang setiap kali hendak beribadat dan solat lima waktu di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel akan mengenakan cukai sembahyang AS$7 (kira-kira RM21) sekepala. Jika tidak, mereka dengan gembira akan menghalau umat Islam daripada memasuki masjid tersebut.
  • Apabila sekatan demi sekatan mereka kenakan, akhirnya Masjid Al-Aqsa tidak lagi dikunjungi oleh umat Islam kerana tentunya mereka tidak mampu untuk membayar cukai yang tidak masuk akal itu. Akhirnya apabila tiada lagi umat Islam ke masjid itu, ia akan dijadikan alasan oleh rejim Israel untuk mengambil alih dan seterusnya merobohkan masjid tersebut untuk dibina Kuil Haikal (Solomon Temple) yang kononnya terletak di tapak Masjid Al-Aqsa tersebut.
  •  Selama 64 tahun terbentuknya negara haram Israel dan 45 tahun Baitulmaqdis dijajah oleh rejim angkuh itu, pelbagai bentuk tindakan kurang ajar dan biadap dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadat terutamanya milik Islam dan Kristian.
  • Perlu disedari, ketika berlakunya Perang 1948 itu, Israel mengusir keluar lebih daripada 800,000 penduduk Palestin dengan 100,000 daripada mereka adalah beragama Kristian.
  • Rejim itu turut memusnahkan 492 perkampungan asal Palestin, 480 masjid dengan 14 buah masjid ditukar menjadi kilang, kelab-kelab hiburan dan kandang ternakan haiwan.
  • Manakala 410 tanah perkuburan Islam lama dan baru dibongkar dan diratakan yang kemudian menyaksikan mereka mendirikan pelbagai premis di atas tapak kubur tersebut.
  • Hotel Hilton di ibu negara Israel, Tel Aviv misalnya, didirikan di atas tanah perkuburan Islam Abed An Nabi. 
  • Tanah perkuburan Mamilla dipercayai wakaf perkuburan milik orang Islam Palestin yang terletak di tengah-tengah bandar Baitulmaqdis telah bertukar menjadi hotel mewah. Reka bentuk Hotel Mamilla disifatkan sebagai yang terhebat bertaraf dunia .
 Hotel Mamilla
  • Bayangkan apa dosa sebuah tanah perkuburan yang berusia ratusan tahun penduduk Palestin dirobohkan dan dilenyapkan. Lalu tergamak didirikan segala macam premis bangunan. Sedangkan, mereka boleh dirikan di atas tanah lain tanpa perlu membongkar kubur-kubur lama tersebut. Alasannya, kubur-kubur tersebut tidak ada permit dan tiada siapa boleh mempersoalkan kewajaran tindakan rakus mereka itu.
  • Hak mereka sebagai penduduk pribumi dinafikan tanpa ada sebarang kompromi, jauh sekali belas ihsan. Sekali gus menjadikan Baitulmaqdis, bandar yang penuh dengan tekanan.
  • Rakyat Palestin tidak seperti orang luar yang bebas bergerak ke mana sahaja. Mereka perlu melalui check point yang terlalu banyak. Ada kawasan-kawasan tertentu yang tidak dibenarkan untuk mereka masuki ataupun melaluinya. Jadi rakyat Palestin terpaksa berpatah balik dan melalui jalan lain.
  • Bukan itu sahaja, bagi mereka yang bekerja di Baitulmaqdis, permit kerja yang dikeluarkan sangat susah sehingga setiap maklumat perlu diperincikan termasuklah tempoh masa bekerja. Jika tertera masa bekerja bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang, mereka akan dihujani dengan pelbagai soalan oleh pegawai di check point sekiranya tiba melepasi waktu itu.
  • Boleh dikatakan hampir setiap 10 meter perlu melalui pemeriksaan askar Israel dan lelaki yang berusia 10 sehingga 40 tahun, langsung tidak dibenarkan masuk ke masjid itu.
  • Pembinaan tembok-tembok pemisah yang didirikan Israel juga jelas menunjukkan berlakunya rampasan tanah rakyat Palestin. Mereka bina tembok itu sehingga masuk ke dalam kawasan milik rakyat Palestin. Selain memisahkan penempatan rakyat Palestin ia juga memaksa mereka berpusing jauh untuk ke sekolah dan hospital.



  • Kesemua tindakan biadap Israel itu merupakan untuk menyahudikan seluruh Baitulmaqdis dengan memadamkan ciri-ciri asal kota suci yang merupakan pusat agama, budaya dan kesenian tiga agama sejak dahulu lagi.
  • Usaha tersebut bertambah rancak dengan membawa masuk seramai mungkin pendatang-pendatang haram Yahudi dari seluruh dunia untuk ditempatkan di sekitar Baitulmaqdis.
  • Penempatan itu kini telah meliputi kawasan seluas 112.13 kilometer persegi atau 47.7 peratus dari kawasan Kota Al Quds yang dikelilingi oleh Tembok Pemisah yang kini telah menempatkan 236,480 pendatang Yahudi.
  • Ia melebihi penduduk asal Palestin yang kini tinggal seramai 151,423 yang terkepung di dalam kawasan tembok tersebut.


Dengan terpaksa hidup dalam pelbagai tekanan dan sekatan, sekali gus menafikan keseluruhan hak-hak rakyat Palestin sebagai penduduk asal.


 sumber: utusan

Comments

  1. kalau xsilap,masjid yg kubah kuning tu bukan masjidil al-aqsa,sebaliknya,masjid yg berkubah hijau dikwsan berhampiran..masjid mubah kuning nie,dibina bg mengelirukan masyarakat islam seluruh dunia agar xsedar apa yg mereka nk bt pd masjidil al-aqsa..wallhualam..

    ReplyDelete
  2. sbenarnya yg kubah kuning dan hijau tu hanyalah sbhgian drp kompleks masjid al-aqsa.jd baik yg hijau, baik yg kuning adlh ttp masjid al-aqsa...inshaAllah en. Billy akn buat satu entri ttg ini :)

    ReplyDelete
  3. fatiha dan miss fatihah, jgn keliru..inilah propaganda zionis n betul kata Billy tuh...


    utk pengetahuan sume.. sume yg ade dlm tembok 4 segi tu masjidil aqsa.. (samelah mcm masjidil haram tu.. cume yg kiub hitam tu kaabah..) dlm pic atas tu masjid yg berkubah biru tu xsilap aku name die masjid ibrahim.. kat ctu la org buat sembayang jemaah spt solat jumaat( sekarang ni pun).. tp kat dome of the tu boleh gak smbyg tp sempit sbb gua bwh tanah.. utk pengetahuan korang due2 masjid tu bkn kafir yg bina.. tp umat islam.. sbb tu tmpt ade sejarah dlm islam.. cuma cerita jd bebelit skang ni sbb masjid tu dah kene sekat bpuluh2 thn dr kunjungan org islam..

    diorang nak roboh sbb katenye tu tapak gereja diorang.. tp sbnrnya bwh tu tsimpannye harta nabi sulaiman.. tu la keje diorang nak cr duit nak bina negara israel..

    ReplyDelete
  4. Palestine adalah bumi asal yahudi tp telah diusir keluar oleh penjajah kristian dan islam suatu ketika dahulu(sebelum islam dan kristian lg)hanya kerana telah membunuh anak Tuhan iaitu Yesus@Isa.. Malah suma bangsa yahudi di eropah dihapuskan ketika perang dunia ke-2 dan pembunuhan beramai2 orang yahudi di asia barat sehingga populasi mereka pernah mencapai 100 orang saja.. namun pada akhir abad ke-20 dan 21 ini, mereka telah bangkit dengan kejam demi membalas dendam.. aku bukan penyokong Israel coz mereka bangkit dengan kejam..

    ReplyDelete
  5. Law hitler idup ag kn bgos...mampos sume owng yahudi tu

    ReplyDelete
  6. kau banggakan hitler ,hitler pun penyembah dajal juga. . . .yg d gmbar gemburkan hitler bunuh 6.5 juta yahudi tpi time tu hnya ada 3.5 juta sak yahudi. .hitler buat bgtu tuk bg mata dunia kesian dngan org yahudi spya yahudi boleh suka2x sak rampas negara org. . . .

    ReplyDelete
  7. Anonymous 4 may..yahudi bkn diusir oleh kristian mahupun islam tp diusir oleh allah s.w.t. Allah suruh diorg masuk ke tanh dlm keadaan tunduk hormatkn bangsa lain..tp bangsa ni terlalu angkuh..die nk bangsa laen keluar dr bumi tersebut..lalu allah pn usir lah mereka dng sifat angkuh mereka yg membabi buta tu..

    ReplyDelete
  8. yahudi adaklah segolongan orang keras kepala sudah di jelaskan dalam alquran

    ReplyDelete
  9. Celakalah YAHUDI ISRAEL ini, UTK NEGARA ISLAM BANGKITLAH SEGERA BERSATU MENENTANG SICELAKA YAHUDI INI, JANGAN ASYIK NAK BERPERANG SESAMA SENDIRI. AYAT KUTUK SERANGAN PATUT DIHENTIKAN SEGERA DAN DIGANTIKAN DENGN AYUH PERANGI YAHUDI ISRAEL. UMAT ISLAM SELURUH DUNIA WAJIB MEMBANTU SAUDARA KIATA DI PALESTIN.YANG BANYAK ILMU KEPAHLAWANAN MASA NILAH PATUT DIGUNAKAN, YANG BIJAK SANTAU YANG BOLEH TERBANG YANG PANDAU TUJU,,,.. KENAPA TAK GUNAKAN UNTUK MENGHAPUS YAHUDI KEPARAT NI
    JANGAN HANYA PANDAI NAK MENGANIAYA SESAMAISLAM JE.

    ALLAH HUAKBAR.

    ReplyDelete
  10. sungguh israel tak tau diri seharusnya sluruh dunia bergerak untuk membebaskan palestin dari pencuri israel yang mengambil hak" palestin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.