Skip to main content

Fakta Tentang Kaum Nabi Luth dan Kota Pompei





Ayat 82 Surah Hud secara jelas menyebutkan jenis bencana yang menimpa kaum Luth. “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Lut itu yang atas ke bawah ( Kami menterbalikkan ), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi,”.

 Rakaman satelit dari daerah di mana Kaum Luth dikatakan pernah tinggal

Ayat ” menterbalikkan (kota) ” membawa maksud kawasan tersebut digegarkan oleh bencana gempa bumi yang maha dahsyat. Sesuai dengan keadaan Tasik Luth (Laut Mati) dimana penghancuran itu terjadi, terkandung bukti yang “nyata” dari bencana tersebut.
 
 

 Pemandangan gunung-ganang di sekitar Laut Mati

Memetik apa yang dikatakan oleh ahli arkeologi Jerman bernama Werner Keller:

Bersamaan dengan dasar dari retakan yang lebar ini yang terjadi secara sekata di kawasan ini, Lembah Siddim, termasuk Sodom dan Gomorah, terjerumus secara seketika (dalam waktu satu hari ) ke dalam jurang yang sangat dalam. Kehancuran tersebut terjadi melalui sebuah peristiwa gempa bumi hebat yang mungkin disertai dengan letusan, petir dan keluarnya gas dari perut bumi serta terjadinya lautan api yang dahsyat
 


Beberapa runtuhan dari kota yang terkubur di dalam tasik itu, ditemui di tepian tasik. Peninggalan tersebut menunjukkan bahawa kaum Luth telah memiliki standard hidup yang cukup tinggi.

Jejak-jejak dari Laut Mati akan nampak ketara. Jika seseorang bersampan melintasi
Laut Mati ke titik paling Utara dan cahaya matahari sedang bersinar tepat diarahnya, maka kita akan dapat melihat sesuatu yang menakjubkan. 

Dari kejauhan pantai akan nampak secara jelas dibawah permukaan air segaris bentuk hutan yang secara luar biasa diawetkan oleh kandungan garam yang tinggi dari Laut Mati. Batang-batang dan akar-akar pokok di dalam kilauan air yang hijau akan kelihatan. Lembah Siddim, tempat di mana pokok-pokok ini dahulu daunnya pernah tumbuh mekar menutupi batang dan rantingnya adalah merupakan salah satu lokasi yang paling indah di daerah ini.
 



Lembaga Geografi nasional Amerika Syarikat (National Geographic) pada Disember 1957 menyatakan:
 

"Gunung Sodom, merupakan tanah gersang dan tandus muncul secara mendadak diatas Laut Mati. Tidak ada seorang pun yang pernah menemui kota Sodom dan Gomorah yang dihancurkan, namun ahli arkeologi percaya bahawa kota ini dahulunya berada di lembah Siddim yang terletak melintang di sepanjang tepian tebing jurang ini. Kemungkinan air bah dari Laut Mati yang menelan mereka yang disertai dengan gempa bumi".
    



Kota Pompei 


Kehilangan Pompeii dari muka bumi dengan bencana seperti ini bukanlah berlaku tanpa sebarang alasan. Catatan sejarah menunjukkan bahawa kota tersebut adalah merupakan pusat hiburan dan pusat maksiat. 


Kota ini dikenali dengan aktiviti pelacuran homoseksual (gay) yang tak terkawal sehingga sampai pada satu tahap dimana sukar untuk membezakan yang mana satu adalah rumah pelacuran dan yang mana satu bukan! Alat kelamin tiruan (dalam saiz asalnya) digantung di depan pintu rumah pelacuran. Menurut tradisi yang berasal dari kepercayaan Mithraic, organ seksual dan persetubuhan tidaklah seharusnya disembunyikan namun dipertontonkan secara terang-terangan!
 

Namun lava dari letupan gunung Vesuvius menyapu bersih seluruh kota Pompei dari muka bumi dalam waktu yang singkat sahaja. Dicatatkan bahawa tidak ada seorang pun yang selamat dari bencana bencana yang mengerikan ini. 



Mereka sama sekali tidak menyedari bencana tersebut, seolah-olah mereka sedang terlena dalam mimpi. Sebuah keluarga yang sedang menjamah makanan mereka ketika itu juga menjadi batu (membatu). Beberapa pasangan ditemui membatu di mana mereka sedang melakukan hubungan seks. Hal yang paling menarik ialah terdapat pasangan yang berjantina sama melakukan seks dan pasangan muda-mudi yang masih kecil. Wajah dari kebanyakan jasad manusia membatu yang digali dari Pompeii masih utuh sama sekali, ekspresi wajah-wajah tersebut secara umumnya kelihatan kebingungan/terkejut.  






Kematian warga kota Pompeii yang terjadi secara tiba-tiba itu memiliki kemiripan sebagaimana yang digambarkan dalam ayat surah Hud diatas. 

Meskipun begitu, tidak banyak perkara yang telah berubah sejak Pompeii dihancurkan. Daerah Naples dimana pesta gay berlaku, tidak seteruk kemusnahan daerah Pompeii yang tidak bermoral. 

Kepulauan Capri adalah pusat utama dunia kaum homoseksual dan kaum nudist menetap. Kepulauan Capri dilambangkan sebagai "surga kaum homo" dalam iklan pelancongan. Tidak hanya di kepulauan Capri dan di Itali sahaja, namun hampir di seluruh dunia (termasuklah di Malaysia sejak akhir-akhir ini) di mana gejala moral yang sama sedang terjadi dan masih ramai yang tetap berkeras untuk tidak mengambil pelajaran dari kaum-kaum terdahulu. 

sumber: www.bangsamusnah.com

 

Comments

  1. Subahanallah... Maha Besar kekuasaan Allah S.W.T

    ReplyDelete
  2. semua sejarah lama tak mendatangkan apa2 makna tuk kaum skrg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kemampuan otak dibawah rata2 dan otak ditaruh di dengkul sih, ya emang ga akan ngerti apa makna dari cerita2 kaum2 yg terdahulu...ke laut aje deh lu...
      kasian ye...mangkanya belajar sono..jangan ngupil doang..

      Delete
  3. Allah tundakan semua azab. sbb tu, kita x sedar kita buat salah... :(

    ReplyDelete
  4. mau nanya gan, kisahnya nabi luth kan di kota sodom, lalu di kota pompei itu kisahnya sp?

    cs ane baca di lain literatur, pompei itu kotanya nabi luth. jd yg relevan yg mn ya?

    ReplyDelete
  5. Anonymous,kalau kamu mahu tahulebih lanjut Tentang bandar pompei dan kaum nabi luth boleh cari buku karya harun yahya. Tak silap saya tajuknya kebinasaan kaum2 terdahulu. Saya tidak pasti. Cuba kamu cari buku karya HARUN YAHYA .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.