Skip to main content

10 Kata Kunci Paling Banyak Dicari Di Internet Sepanjang 2011





Facebook merupakan perkataan paling banyak dicari sepanjang 2011, menurut perkhidmatan pemantauan di talian, Experian Hitwise. Ia merupakan tahun ketiga berturut-turut, jaringan sosial itu menduduki tempat pertama dalam senarai Experian Hitwise.
 

Carian lain yang menggunakan perkataan Facebook seperti facebook login, facebook.com dan www. facebook.com juga menduduki tempat 10 teratas, menjadikan carian berhubung Facebook sebanyak 4.42 peratus daripada keseluruhan carian.

Experian Hitwise berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding 2010. Selain itu, perkataan youtube, craigslist, yahoo dan ebay turut menduduki senarai carian paling banyak, sementara yahoo.com pula menduduki tempat ke-10.

Perbezaan paling ketara dalam senarai adalah jaringan sosial Myspace yang berada di kedudukan kelima pada 2010, tidak tersenarai tahun ini.

Jurucakap perkhidmatan pemantauan di talian itu, Matt Tathan berkata kepada Huffington Post, Myspace merupakan perkataan paling dicari pada tiga tahun pertama apabila senarai itu mula dilancarkan pada 2006.


sumber: utusan malaysia, dailymail.com

Comments

  1. hehe.

    bile la blog kite plak jadi carian tertinggi ni kan?:p

    ReplyDelete
  2. @.diannorhayati. hahha, bagai menunggu bulan jatuh ke riba la jawabnya,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.