Skip to main content

Jutaan Manusia Berbogel Untuk Menyucikan Dosa di India





Sekiranya anda teringin menyaksikan jutaan orang dalam satu-satu masa bertelanjang bulat, datanglah ke perayaan Kumbh Mela di India :p . Kumbh Mela adalah sebuah ritual ziarah yang dilaksanakan oleh penganut Hindu di India.


Tradisi ziarah ini meliputi 4 lokasi: Allahabad (Prayag), Haridwar, Ujjain dan Nashik di India. Ziarah ini dinamakan juga Maha Kumbh Mela (Kumbh Mela Besar) yang dilaksanakan di Prayag, yang dihadiri sehingga 60 juta orang. Hingga saat ini, inilah satu-satunya tradisi yang berjaya mengumpulkan pengunjung paling banyak di dunia dalam satu waktu sekaligus.


Sama sekali tidak ada rasa segan ketika jutaan orang berjalan dalam keadaan bogel melintasi sungai Gangga yang merupakan sungai suci bagi masyarakat India. Kumbh Mela adalah ziarah utama di mana orang-orang, terutama orang-orang suci (Sadhu), melakukan perjalanan jauh dan bertahan dengan ketidak-selesaan fizikal mereka. Dengan ritual ini, mereka berkesempatan untuk menyucikan dosa-dosa mereka. 


Penganut Hindu yang taat sangat percaya bahawa Sungai Gangga memegang kekuasaan untuk menghilangkan dosa-dosa masa lalu. Sungai itu juga dianggap mampu membebaskan individu dari kitaran hidup dan mati (moksha) dan membawa mereka lebih dekat dengan yang maha tinggi (Braham).

Anil Sharma, seorang pengacara yang menghadiri perayaan 'mandi bogel' mengatakan, "Kerana sesuai dengan jalannya bintang, maka selama Kumbh, semua perkara baik yang anda lakukan akan berlipat ganda dan dihapuskan dosa-dosa." Sebab menurut astrologi Hindu, Mela Kumbh terjadi setiap kali planet Jupiter memasuki Aquarius dan Matahari memasuki Aries.  

Sementara itu, ada mitologi yang agak berbeza disebalik perayaan Kumbh Mela ini. Sastra Hindu kuno mengatakan bahawa telah terjadi perang antara dewa-dewa dan roh-roh jahat dengan menggunakan nektar (madu) yang diperlukan untuk mencapai keabadian. Selama konflik ini, empat titisan madu tumpah ke Bumi dan mendarat di empat kota yang disebutkan di atas.

Namun, tidak semua orang yang menghadiri perayaan tersebut bertelanjang. Beberapa orang diantaranya masih memakai pakaian, sementara yang lain hanya mengoleskan tubuh mereka dengan abu.


 
 
 


sumber: http://arenaphoto.blogspot.com, goindia.about.com

Comments

  1. hishhhh geli pulak tengok =.=

    ReplyDelete
  2. hmm mcm ni pn ada...ini bukan pdg mahsyar la

    ReplyDelete
  3. alamakk... manyaknyee montot.

    ReplyDelete
  4. hahaha...sempat bt iklan syampu bagai..

    ReplyDelete
  5. emm kepercayaan dorang kan hehe..tapi cam perhimpunan gay sedunia je..yargkkkhh geli aku hehe

    ReplyDelete
  6. ngerinya...holang selera makan aku hari ni..but good info

    ReplyDelete
  7. hadeh macam apa pula ni,,ada" ja ni orang ritualnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”