Skip to main content

Inilah Manusia Ke-7 Billion Yang Lahir di Dunia; Danica May Camacho

 
 
 

Filipina hari ini meraikan kelahiran bayi ketujuh bilion di dunia secara simboliknya selepas ibunya selamat melahirkan bayi perempuan di bilik bersalin di sebuah hospital kerajaan di Manila.


Bayi seberat 2.5 kilogram bernama Danica May Camacho itu lahir menjelang tengah malam tadi sehingga mendapat liputan meluas media di bilik bersalin di Jose Fabella Memorial Hospital. "Bayi amat comel dan sihat," kata ibunya, Camille Dalura sambil meriba bayi perempuannya itu.

“Saya tidak percaya bahawa dia adalah bayi ketujuh bilion di dunia," katanya.

Bayi berkenaan adalah anak kedua Dalura bersama pasangannya, Florante Camacho.


Pasangan suami isteri itu bersama bayi berkenaan kemudian menemui pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meraikan bayi mereka itu dengan cek kecil.

Pasangan itu turut menerima hadiah daripada penderma tempatan termasuk geran biasiswa dan pakej ekonomi bagi membolehkan pesangan itu memulakan perniagaan runcit.

Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah budak perempuan berusia 12 tahun, Lorrize Mae Guevarra yang diisytiharkan bagi keenam bilion di dunia pada 1999.

“Saya amat gembira melihat bayi yang comel ini. Saya harap dia sukakan saya dan membesar menjadi anak yang sihat dan disayangi semua orang," katanya.

Bayi berkenaan adalah antara beberapa negara di dunia yang secara simboliknya menyambut kemunculan manusia ketujuh bilion di dunia hari ini.
 


 
source: berita harian, dailymail.co.uk

Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.