Skip to main content

(Unseen PHOTOS) - Kemewahan Kapal TITANIC 1912






Kapal Titanic adalah kapal persiaran mewah yang melanggar bongkah aisberg pada pelayaran pertamanya dari Southampton, England ke New York City, dan tenggelam pada 15 April 1912, menyebabkan kematian 1517 orang dalam satu bencana maritim yang dikenang sebagai paling dahsyat dalam sejarah dunia.


Ruang dalaman kapal R.M.S. Titanic adalah sangat mewah. Ia menawarkan setiap ciri-ciri kemewahan yang terjangkau pada era itu. Selepas bahagian mekanikal kapal itu, kawasan ruang dalaman kapal adalah yang paling terperinci.  


Hasil-hasil ukiran tangan kayu oak, jati dan maple terdapat di merata-rata bahagian kapal. Hanya perabot yang paling mewah sahaja digunakan. Bilik mandi dibina dalam gaya yang paling moden pada masa itu yang lengkap dengan pancuran, tab mandi dan singki berkembar. Terdapat juga tandas flush di atas kapal tersebut. Ia turut dilengkapi dengan beberapa dewan makan besar yang mampu menampung sehingga beratus-ratus tetamu dan terdapat juga lounge khas untuk mereka yang suka merokok dan berjudi.



Selain itu terdapat gimnasium yang serba lengkap dengan peralatan moden termasuklah sebuah kolam renang dalaman. Terdapat kedai-kedai pakaian, kedai gunting rambut dan salon kecantikan. Kursus Racketball dijalankan di dek kapal bersama-sama dengan kawasan-kawasan untuk permainan lain. Titanic liner adalah kapal persiaran laut yang paling mewah pernah dibina pada masa itu.  

Berikut adalah gambar-gambar interior kapal yang diambil selepas ia dibina dan sejurus sebelum ia belayar:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Lihat juga entri berikut:


 

Comments

  1. ke nie gmbr yg ambik time filem tue tp di edit jd hitam n putih?

    ReplyDelete
  2. ohhh...sy mmg suke bebenor ngan fact2 sal titanic ni..real interesting!! btw, guys mmg sama ghupenyer dlm filem tu krn mrk MEMBINA SEMULA kapal itu utk tujuan lakonan based on those pix lah..n lots of research bout it~ huhu..suke ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.