Skip to main content

Sebab-Sebab Mengapa Israel dan AS Takut Dengan Kemerdekaan Negara Palestin





Palestin telah mengemukakan permohonan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendapatkan pengiktirafan daripada badan dunia itu sebagai sebuah negara berdaulat kelmarin.


Meskipun mendapat tentangan kuat daripada Israel dan Amerika Syarikat (AS), Presiden Mahmoud Abbas tetap bertegas untuk meneruskan usaha itu bagi mendapatkan pengiktirafan Palestin menjadi negara anggota penuh PBB.

AS telah mengumumkan akan menggunakan kuasa vetonya bagi menolak permohonan Palestin itu jika ia dibawa ke peringkat pengundian.

Presiden Majlis Keselamatan PBB, Nawaf Salam yang juga merupakan Duta Lebanon ke PBB berkata, beliau telah menyerahkan permohonan Palestin itu kepada 15 negara anggota Majlis Keselamatan selepas menerimanya daripada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Katanya, Majlis Keselamatan akan bersidang pada kira-kira pukul 3 petang esok (3 pagi esok waktu Malaysia) bagi membincangkan permohonan Palestin itu.



Peraturan PBB

Mengikut peraturan, Perhimpunan Agung PBB sebenarnya tidak ada kuasa menubuhkan sesebuah negara, sebaliknya hanya boleh menyuarakan sokongan kepada penubuhan sesebuah negara dan menerimanya sebagai negara anggota.


PBB juga hanya boleh meminta negara-negara anggota lain untuk mengiktiraf sesebuah negara baru itu dan menyokong penyertaannya ke pertubuhan-pertubuhan peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun kepentingan menjadi negara anggota penuh PBB, sememangnya tidak boleh dipertikaikan dan atas sebab itu Palestin bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pengiktirafan itu, walaupun mendapat tentangan veto daripada AS.

Ini kerana, dengan mendapat pengiktirafan daripada PBB, bermakna Palestin mendapat penerimaan daripada 193 negara anggota badan dunia itu, sekali gus akan membuka jalan untuk Palestin diterima sebagai sebuah negara di peringkat antarabangsa.

Pada masa sama, tanggungjawab untuk menamatkan konflik di Asia Barat juga akan dipindahkan kepada badan dunia itu.


Kelebihan Buat Palestin dan Ketakutan Israel Serta AS:
  • Mengikut piagam PBB, negara-negara anggota tidak boleh menjajah antara satu sama lain dan jika Palestin mendapat pengiktirafan sebagai negara anggota penuh PBB, ini bermakna Israel tidak boleh lagi menjajah Palestin. Atas alasan inilah pula, Israel bersungguh-sungguh menentang permohonan Palestin untuk menjadi anggota penuh badan dunia itu.
  • Apa yang lebih penting, status sebagai sebuah negara akan membolehkan Palestin mengheret Israel dan pegawai-pegawainya ke tribunal jenayah perang atau menyaman mereka di mana-mana tempat di seluruh dunia, sesuatu yang paling dibimbangkan oleh Israel.
  • Maka, dengan menjadi anggota penuh PBB, Palestin akan memperolehi kedudukan yang lebih besar di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan juga di beberapa badan kehakiman global lain di mana mereka boleh mendakwa Israel.
  • Palestin juga akan boleh menganggotai mana-mana badan antarabangsa di mana AS tidak memiliki kuasa veto untuk menghalangnya atau menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa.


Kepentingan Pengiktirafan Sebagai Negara Merdeka:
  • Walaupun setiap pertubuhan mempunyai peraturannya tersendiri untuk menerima anggota baru, tetapi pengiktirafan daripada Perhimpunan Agung PBB akan memperkuatkan kelayakan Palestin untuk menyertai mana-mana pertubuhan antarabangsa.
  • Pengiktirafan ini juga turut akan menarik minat masyarakat antarabangsa untuk memberi fokus kepada usaha rundingan bagi menyelesaikan konflik Palestin-Israel, yang telah berlarutan selama lebih enam dekad.
  • Selain itu, ia juga bakal memperkuatkan kepentingan rundingan damai pada masa akan datang, berbanding sebelum ini yang lebih menjurus kepada kaedah peperangan dalam menyelesaikan konflik yang timbul.
  • Sebagai sebuah negara yang diiktiraf oleh PBB dan antarabangsa, Palestin akan mempunyai kedudukan yang lebih kukuh dalam rundingan-rundingan damai pada masa depan, sama ada dalam membuat tuntutan mahupun mempertahankan kedaulatan dan wilayahnya.
  • Penubuhan sebuah negara Palestin juga bermakna wujudnya satu pihak berkuasa yang sah dan penyatuan semua perkhidmatan keselamatan, di dalam Palestin, sekali gus akan menamatkan perpecahan antara puak-puak di wilayah itu.


Kesan

Bagaimana pun, pengiktirafan ini tidak bermakna ia akan menamatkan penjajahan Israel ke atas wilayah Palestin, malah usul balas mungkin akan dikemukakan kepada PBB supaya Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi.

Daripada segi sempadan contohnya, pengiktirafan sebagai sebuah negara Palestin tidak bermakna tentera Israel akan keluar dari wilayah itu atau menghapuskan penempatan haram mereka di Tebing Barat.

Namun, apa yang perlu difahami di sini, isu negara Palestin dan pengiktirafan oleh PBB bukanlah satu-satunya matlamatnya, ia juga adalah permulaan pengurusan konflik di Asia Barat dengan cara aman, bertamadun dengan perkongsian visi.

Hanya dengan cara ini, isu utama konflik ini yang begitu kompleks dapat diselesaikan, sesuatu yang tidak mungkin diperolehi melalui penubuhan negara Palestin semata-mata.


AS Tercabar Apabila Dicabar

AS secara terbuka telah menyatakan bahawa negara itu akan menghalang usaha Palestin itu dengan menggunakan kedudukannya sebagai anggota penting dalam Majlis Keselamatan untuk menggagalkan permohonan Palestin dengan menggunakan kuasa veto bagi menolak permohonan Palestin jika ia sampai ke peringkat pengundian.

AS mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian bagi mengelakkan pelan damai yang diketengahkan oleh Presiden Barack Obama bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin dilihat sebagai gagal.


Washington juga terasa tercabar dengan tindakan Palestin itu yang dilihat seolah-olah membelakangkan negara itu. AS kini terpaksa menilai semula pelan damainya dan bersungguh-sungguh membuktikan bahawa negara itu benar-benar serius mahu menjayakan pelan damai yang diutarakannya sebelum ini.

Washington juga perlu menggunakan kedudukannya bagi mengenakan tekanan ke atas Israel terutama berhubung kedegilan Israel enggan menghentikan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin, yang menjadi punca rundingan damai Israel-Palestin tertangguh.



Israel Tergugat

Sementara itu di pihak Israel pula, inilah kali pertama Tel Aviv benar-benar terasa tergugat dengan tindakan Palestin membawa isu itu ke PBB. Israel sebelum ini tidak pernah terfikir Palestin akan menggunakan pendekatan diplomatik secara efektif untuk mengetengahkan haknya terutama di peringkat tertinggi sehingga ke peringkat perhimpunan agung PBB.


Israel sedar akan kesan daripada tindakan Palestin itu sekiranya permohonan Palestin itu diluluskan dan sekiranya permohonan Palestin itu ditolak sekalipun, ekoran tindakan AS menggunakan kuasa vetonya semasa pengundian, Palestin tetap dilihat berjaya dalam kempennya meraih sokongan daripada sebahagian besar negara-negara anggota Majlis Keselamatan.

Sekurang-kurangnya, tindakan Palestin itu setakat ini telah mendapat reaksi segera daripada quartet rundingan damai Israel-Palestin yang menggesa supaya Israel dan Palestin segera kembali ke meja rundingan bagi menamatkan konflik yang paling lama di Asia Barat.



Momen paling sentimental (lihat video di bawah) apabila Presiden Mahmoud Abbas menerima tepukan gemuruh daripada delegasi PBB apabila memasuki dewan persidangan...dan Israel dengan angkuhnya keluar dari majlis (angkuh ke takut??)


 p/s: sama-samalah kita mendoakan kemerdekaan negara Palestin...nyatakanlah sokongan anda buat saudara kita di sana!


 sumber artikel ini: utusan malaysia, berita harian, hmetro

Comments

  1. patut la zionis nie ketaq ja dri dlu,,takut kena heret ka,,U.S pun mcm lembu ja...hehehe

    ReplyDelete
  2. Israel memang tak tau malu...

    ReplyDelete
  3. Saya sokong Palestine menjadi anggota PBB.

    ReplyDelete
  4. sy mdoakan palestin bjaya mherat isreal dan us ke muka pgadilan nnt...amin...

    ReplyDelete
  5. yea! palestine jd anggota pbb!
    credit to their pm

    ReplyDelete

  6. arrayah.info
    - Kemerdekaan Hakiki dan Pembebasan Palestin Hanya Dengan Negara Islam Global iaitu Daulah Khilafah Islamiyah

    ReplyDelete
  7. semoga palestin berjaya menjadi anggota PBB...dan berjaya mengusir pendatang...

    ReplyDelete
  8. Malangnya ada pulak manusia keparat yang menyokong keselamatan Israel ....

    ReplyDelete
  9. bias giler reporter betina tuh =,='

    ReplyDelete
  10. Wilayah negara palestina mgkn cuma gaza yg real :)
    Selamanya De facto tepi barat tidak akan dilepaskan oleh israel, hakikatnya itu tempat kelahiran tiga agama samawi

    "Mengapa oleh Muhammad kiblat orang islam di pindah dari yerusalem ke mekkah ? " (Pikirkan muhammad saat itu)
    -sebagai pembuktian kalo islam cinta damai thdp agama lain
    -sebagai pembuktian kalo islam adalah agama pemersatu manusia
    -sebagai pembuktian kalo islam tidak dompleng agama lainnya
    -sebagai pembuktian kalo yerusalem itu bukan apaapa bagi islam
    -sebagai pembuktian kalo kiblat islam notabene real di mekkah

    Saya tidak ngawur menulis ini , tetapi melalui berbagai analisa struktur dari agama islam sendiri, tapi tidak pada orang islam di zaman ini yg lebih utamakan cita2 duniawi belaka

    ReplyDelete
  11. kekuatan israel adalah amerika,maka disusupilah amerika dengan yahudi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”