Skip to main content

Projek Ambitius...Restoren Domino's Pizza Bakal Dibuka di Bulan





Domino's Pizza, Inc. mendedahkan rancangan mereka untuk membuka cawangan restoran di bulan pada suatu hari nanti.


Syarikat itu sebelum ini telah pun melantik firma Maeda Corp. bagi merangka pelan pembinaan cawangan restoran itu di bulan. Pembukaan restoran Domino's di bulan itu dianggarkan akan memakan kos berjumlah AS$2.2 bilion (RM6.5 bilion) dan memerlukan penghantaran 15 roket ke bulan untuk menghantar bahan binaan.

Syarikat itu juga merancang untuk membina kawasan rekreasi yang besar di dalam kompleks restoran itu dan kakitangannya perlu tinggal di bulan.


Jurucakap syarikat, Tomohide Matsunaga berkata, beliau percaya pada masa depan, terdapat ramai orang tinggal di bulan. Katanya, ketika itu pelanggan boleh memilih sama ada mahu makan di restoran itu atau makanan dihantar kepada mereka oleh petugas Domino's yang memakai pakaian angkasa lepas.

Walaupun rancangan itu dianggap tidak masuk akal, pegawai-pegawai Domino's tetap berkeyakinan terhadap pelan masa depan itu.

Beliau, bagaimanapun mengaku akan menghadapi masalah logistik sebelum impian itu dapat dilaksanakan. Beliau juga berkata, belum ada tarikh ditetapkan untuk pembinaan restoran pertama di bulan itu.


 
 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.