Skip to main content

Parah...Kerugian Kes Tipu Internet di Malaysia Bernilai RM2.54 juta





 Encik Billy tak taulah sama ada korang pernah terima atau tak emel-emel spam yang kononnya datang dari bank-bank di Malaysia yang meminta pengguna mengemaskini akaun bank mereka, konon jika tidak dikemaskini akaun bank anda akan di delete! Pernah tak korang dapat emel macam tu? Encik Billy hampir setiap hari dapat. 

Ini antaranya:


Maybank:



Bank Islam


AmBank


Philippine National Bank (WTH?)

Yang pelik dan kelakarnya, Encik Billy tak pernah langsung ada akaun di bank-bank di atas, kecuali Maybank. Nampak tak betapa jahatnya modus operasi penjenayah siber seperti ini? Mereka melakukan apa saja untuk mendapatkan maklumat pengguna melalui kaedah 'internet phishing'.

Dan bila baca akhbar Berita Harian hari ni, tak syak lagi bukan hanya Encik Billy sahaja yang menerima emel-emel palsu seperti ini, malah jutaan rakyat Malaysia yang lain juga turut menjadi mangsa. Lebih malang lagi, ramai yang terpedaya dengan emel-emel ini yang mengakibatkan kerugian bernilai jutaan Ringgit! 



Ini petikan daripada Berita Harian:

Jumlah kerugian akibat kegiatan sindiket penipuan perbankan internet dipercayai didalangi warga asing mencapai RM2.54 juta dari Januari hingga Julai lalu, berbanding RM1.01 juta sepanjang tahun lalu.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya, berkata jumlah itu diperoleh menerusi data pusat perkhidmatan pelanggan dikenali BNMLINK dan BNMTELINK yang merekodkan aduan penipuan pelanggan bank dari seluruh negara.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai mangsa mengalami kerugian tetapi enggan membuat laporan kerana malu selain bimbang imej tercalar berikutan ada di kalangan mereka terdiri daripada ahli politik, profesional dan akademik.

Katanya, peningkatan kerugian disebabkan kelicikan sindiket yang menggunakan pelbagai modus operandi yang sentiasa berubah seiring perubahan teknologi maklumat bagi memperdaya dan mengeliru orang ramai termasuk menyamar sebagai polis, pegawai bank dan pegawai BNM.

Selain menggunakan kaedah ‘phishing’ iaitu mencuri maklumat ketika pelanggan mengakses laman web perbankan internet palsu, sindiket berkenaan juga menggunakan teknik ‘spoofing’ iaitu memalsukan nombor telefon digunakan untuk menghubungi mangsa bagi menyembunyikan identiti.

“Kaedah ‘spoofing’ juga membuatkan nombor pemanggil yang tertera kelihatan seperti nombor bank komersial, nombor agensi kerajaan dan nombor BNM.

“Mereka yang menipu sangat bijak kerana pandai berlakon seperti wakil bank, syarikat kad kredit dan pegawai kerajaan untuk meyakinkan mangsa mendedahkan maklumat perbankan, kata laluan dan maklumat sulit lain.

“Sindiket juga mengupah ‘runner’ terdiri daripada pelajar atau penganggur untuk mengguna akaun bank mereka sebagai transit bagi tempoh singkat bagi transaksi wang diperoleh daripada akaun mangsa,” katanya.


p/s: berhati-hati dan beringat-ingatlah, jangan sampai anda, ahli keluarga dan rakan-rakan anda menjadi mangsa. Sampaikan mesej kesedaran ini buat mereka!


Comments

  1. Bahaya gak, security online banking di Malaysia tak stabil lagi :'(

    ReplyDelete
  2. mmng bnyak tu..aku pn salu dpat email camtu..
    kdang2 tu siap dapat kol lgi ckap yg diorang dari bank trtntu sbb nak update status.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”