Skip to main content

Minyak Zaitun Mampu Kurangkan Risiko Angin Ahmar





Warga tua yang mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka didapati kurang berdepan risiko serangan angin ahmar berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.   Ia hasil penyelidikan terhadap lebih 7,000 penduduk Perancis yang disiarkan baru-baru ini di Amerika Syarikat.


Penyelidik dari Institut Penyeliikan Kesihatan dan Perubatan Kebangsaan di Bordeaux, Perancis menjalankan kajian itu terhadap 7,625 orang yang berusia 65 tahun ke atas dari tiga bandar raya iaitu Bordeaux, Dijon dan Montpellier untuk tempoh selama lima tahun.

Sepanjang tempoh kajian itu, hanya 148 daripada mereka diserang angin ahmar.


Kajian itu diasingkan kepada beberapa kumpulan berkaitan penggunaan mereka terhadap minyak zaitun - daripada mereka yang tidak mengambilnya langsung kepada mereka yang menggunakannya untuk menyapunya pada makanan, memasak dan membuat roti.

Penyelidik juga mengasingkan kumpulan itu berdasarkan berat badan, aktiviti fizikal dan amalan diet dengan mendapati kumpulan yang memakan minyak zaitun secara intensif hanya terdedah kepada 41 peratus serangan angin ahmar berbanding mereka yang tidak memakannya langsung.


Penemuan itu diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Akedemi Neurologi Amerika.

sumber: AFP, berita harian

Comments

  1. angin ahmar merupakan pembunuh antara yg tertinggi di negara kita.

    ReplyDelete
  2. Baru tahu..info yang berguna terima kasih..kalau dalam makanan tu tak pernah menggunakannya tapi kalau nak menanggalkan mekap,sebagai pelembab bibir dan juga minyak rambut tu adalah guna

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.