Skip to main content

Menakjubkan, Ibu Muda Ini Lahirkan 3 Anak Pada Tarikh Sama





Seorang bayi menarik perhatian ramai apabila lahir pada tarikh sama seperti dua abangnya. Kyle Kellett berkongsi hari lahir - 20 September - dengan Keiran, 6, dan Kaiden, 3. Menurut statistik, kemungkinan untuk berlaku kelahiran sama seperti itu ialah satu dalam 133,590.


Ibu Kyle, Sammy Kellett, 24, berkata dia seperti tidak percaya kebetulan seperti itu boleh berlaku.

Berdasarkan perkiraan doktor, Keiran dan Kyle dijangka lahir pada 24 September tetapi Sammy melahirkan mereka empat hari lebih awal. Menurut Sammy, bagi Kaiden pula, dia sepatutnya lahir pada 13 September tiga tahun lalu. Bagaimanapun, katanya, dia melahirkan Kaiden seminggu lebih lewat daripada jangkaan.

Selain berkongsi persamaan tarikh lahir, ketiga-tiga anak Sammy dan pasangannya, Merv Jeans, 35, dilahirkan di hospital sama, iaitu Hospital Royal Preston.

Bagaimanapun, hanya dua daripada tiga anak Sammy - Kaiden dan Kyle - dilahirkan dalam bilik yang sama di hospital berkenaan.

Sammy - dari Preston - dibawa masuk ke bilik bersalin pada 2.45 pagi Selasa lalu dan Kyle dilahirkan pada jam 5 pagi.

Keiran pula dilahirkan jam 2.26 petang pada 20 September 20 2005, manakala Kaiden 8.37 pagi pada 2008. Jeans pula menyambut hari lahir pada 22 September.

sumber: harian metro, dailymail.co.uk

Comments

  1. @yo87 hohoho tenkiu! encik billy juga telah link kan nasi hangit di billy info (0_0)

    ReplyDelete
  2. i pun lahir tarikh yang sama ngn adik2 i
    13/12/1982
    13/12/1984
    13/12/1986

    xde lak masuk paper...huhuhuhuh

    ReplyDelete
  3. sy plak..

    sy 23.11.88
    adik sy 23.12.89
    hampir sama gak 2...hehehhee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”