Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) 2007 hingga 2009 mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).
Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.
Penyumbang Utama Stress Dikalangan Anggota Polis:
- Lambakan beban kerja
- Kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call
- Kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
- Dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman
- Menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
Sebab Berlaku Stress:
Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu:
- Profesion kepolisan
- Peraturan atau polisi dalam organisasi
- Masalah individu.
Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga.
Kesan
Anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.
Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah.
Namun, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka. Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil.
Pengiktirafan
Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini.
Walaupun tidak dinafikan masih ada jenayah kecil berlaku di negara ini, keseluruhannya masih terkawal, mungkin disebabkan banyak rondaan polis di kebanyakan lokasi, termasuk yang menjadi tumpuan penjenayah.
sumber: berita harian
,
mm..polis ker?
ReplyDeleteingatkan keje cikgu..
cikgu pun bnyk je skunk y sakit darah tinggi..
masuk hospital sakit mental..huu
@Dzathunithaqain btul2, mula2 dlu igtkn keje cikgu plg stress...rupanya polis.
ReplyDeletebyk perkara kita tak tau..tp kita kdg2 kita ingat kita tau disebabkan mentaliti judgemental kita yg dari azali lagi
ReplyDeletebtl la keje polis plg stress..dulu aku pon ingat keje cikgu plg stress..x caye ce try apply polis..pastu banyak2 la berdoa supaya mental kuat x acu pistol dalam mulut sendiri..sbab tu la time rekrut dorang kaw2 punya kene ragging..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteknapa x dimasukkan trafik udara..trafik udara jugak pekerjaan paling stress dan berisiko..kesilapan trafik udara mengundang kematian beratus org di dalam kapal terbang..kesilapan doctor hanya sorang akan hilang nyawa.pikir2kan
ReplyDelete