Skip to main content

Kelab Malam Khusus Untuk Budak-Budak Bawah Umur Berfoya-Foya




Kelab malam ialah sejenis tempat hiburan yang dibuka pada waktu larut malam. Walaupun merupakan sejenis kedai minuman, namun kelab malam berbeza dengan bar, pub atau warung kerana ia dilengkapi dengan ruang untuk menari dan perkhidmatan DJ yang memainkan muzik pop dan tarian yang rancak. Biasanya, setiap negara akan mengenakan peraturan yang hanya membenarkan pengunjung yang berusia 18 tahun ke atas sahaja untuk memasuki kelab malam seperti ini.


Namun berbeza di Rusia, apabila sebuah kelab malam dibuka khusus untuk budak-budak bawah umur. Kelab malam yang diberi nama Underground Garage ini membenarkan remaja bawah umur yang masih bersekolah untuk berpesta sebebas-bebasnya sehingga pagi hari.



Difahamkan, di Rusia tidak ada undang-undang khusus had umur yang menghalang remaja bawah umur untuk mengambil minuman keras. Jadi, mungkin ini caranya bagi mereka di Russia untuk mengawal keadaan dengan mewujudkan tempat khusus bagi mengasingkan orang dewasa dan budak-budak bawah umur. Pelik, tetapi itulah undang-undang di sana. 



Lagi gambar-gambar menarik:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

source: http://itsybitsysteps.com, http://thechive.com/

Comments

  1. sebab tu masalah sosial banyak sgt,bila dr remaja dah didik mcm ni sekali..tu yg ada kes ibu muda2 lg..kalau msia mcm ni,rosak anak bngsa generasi pelapis kita...

    ReplyDelete
  2. generasi masa depan yg akan hancurkan dunia

    ReplyDelete
  3. makin cepat hancur Russia macam tu

    ReplyDelete
  4. Saya ada baca dalam satu artikel majalah Al-Islam bulan ogos 2011 ada mengatakan bahawa mmg kerajaan Russia sengaja nak buat budak2 remaja dia suka bersosial dan mengamalkan hubungan seks sebelum berkahwin kerana kerajaan mereka desperate nak memperbanyakkan rakyat mereka yg beragama Kristian. Ini kerana bilangan rakyat russia yg berketurunan Tartar dan beragama Islam semakin bertambah jumlahnya dari tahun ke tahun. Dan mengikut kajian yg kerajaan Rusia jalankan, jika bilangan org Islam terus bertambah di russia, maka tidak mustahil pada tahun 2050 Rusia akan menjadi sebuah negara Islam jika mengikut majoritinya

    ReplyDelete
  5. Mg Lingkupp budak budak ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.