Sandisk baru-baru ini mengumumkan kad microSDXC berkapasiti 64 GB yang pertama di dunia. Ia direka khusus untuk kegunaan telefon pintar dan tablet. Sebelum ini, hanya terdapat kad SD berkapasiti 32 GB sahaja di pasaran.
Menurut Sandisk, kad itu mampu menyediakan prestasi kelas 6, yang bermaksud kelajuan tulis minimum 6MB/s dalam keadaan pecahannya (fragmented state). Dalam senario paling baik, kad tersebut dapat mencapai kelajuan pemindahan file pada kadar 30MB/s (200x). Impressive bukan?
Ia kini mula dijual di laman web Sandisk pada harga USD 219 (RM 690) sebuah.
sumber: gsmarena
teknologi, teknologi...
ReplyDelete