Skip to main content

Internet Terpantas di Malaysia (42Mbps) Daripada U Mobile





Selepas Maxis mengumumkan pelan Home mereka yang menawarkan internet dengan kelajuan sehingga 30Mbps, kini Umobile dilihat mengumumkan kepada orang ramai pakej internet yang menawarkan kelajuan sehingga 42Mbps! Namun perkhidmatan itu kini masih terhad di Lembah Klang dari Shah Alam ke Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya; Negeri Sembilan (Port Dickson dan Seremban) serta Johor (Johor Bahru).


Menariknya pakej ini ditawarkan dengan harga hanya RM48 sahaja dengan kuota sebanyak 5GB. Pakej ini dilihat sebagai paling murah yang ditawarkan dan Umobile turut memberi jaminan pulangan wang selama 7 hari. Walaubagaimanapun, kelajuan yang dicapai adalah berdasarkan lokasi dan coverage.


Kelajuan 42Mbps yang ditawarkan pula membolehkan pengguna mengakses Internet tiga hingga lima kali pantas berbanding capaian Internet yang ditawarkan pasaran sedia ada.

Kelajuan Internet Mengikut Penyedia Perkhidmatan
1. TM Net Unify – 20Mbps
2. P1 4G – 5Mbps
3. Celcom Broadband – 7.2 Mbps
4. Maxis Broadband – 1Mbps
5. U Mobile – 42 Mbps

Nota: Kelajuan yang dinyatakan adalah kelajuan mengikut pakej berkelajuan tertinggi yang disedikan oleh penyedia perkhidmatan.

Turut ditawarkan adalah modem yang menyokong kelajuan sehingga 42Mbps. Berikut merupakan maklumat berkenaan harga modem tersebut:



Berikut pula merupakan pakej harga bagi pelan mereka bagi kuota yang berbeza: Bagi 5 bulan pertama, dibawah pakej MB68 dan pakej MB128, pengguna akan mendapat rebate sebanyak RM20 bagi 5 bulan pertama. Jadi jika anda mengambil pakej MB68, 5 bulan pertama anda hanya bernilai RM48 sebulan. Selepas 5 bulan, harga akan menjadi RM68/bulan.


Untuk maklumat lebih berkaitan pakej baru mereka ini, orang ramai boleh ke laman Broadband Umobile.



sumber: harian metro, http://beta.my, http://selangor2u.com

Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.