Skip to main content

Inilah Pegawai Bank Yang Sanggup Letak Jawatan Untuk Jadi Seorang Bomoh





Seorang pegawai bank Britain, Thomas Heathfield sanggup meletakkan jawatan untuk menjadi seorang bomoh selepas dia menjalani latihan tiga bulan bersama beberapa pakar di sebuah desa di pedalaman Afrika Selatan.


Heathfield, 32, menari tarian tradisi suku kaum tempatan setiap malam pada pukul 2.30 pagi dan memuntahkan darah kambing untuk lulus latihan perbomohan tersebut.

Dia juga perlu tidur di dalam semak, memakai jubah tradisional dan memburu bahagian badan haiwan yang disembunyikan penduduk tempatan.


Setelah menamatkan ujiannya, Heathfield diiktiraf sebagai bomoh atau sangoma di Afrika Selatan dan dia turut diberi nama tempatan, Gogo Mndawe dalam satu upacara baru-baru ini.

“Sukar untuk saya mempercayainya tetapi saya akhirnya selesai menjalani latihan ini,” kata Heathfield.
Ibu bapanya yang tinggal di Berkshire, England turut menghadiri upacara tersebut.


Menurut lelaki itu, dia rela melalui proses sukar untuk menjadi bomoh kerana mahu mengubah nasib malangnya sejak sedekad lalu termasuk ditinggalkan oleh beberapa teman wanitanya.

 

sumber: kosmo, http://www.telegraph.co.uk

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.