Skip to main content

Inilah Pasangan Kembar Siam TERTUA di Dunia





Pasangan kembar Siam tertua di dunia, George dan Lori Schappell menyambut hari jadi mereka yang ke-50 sekali gus mengetepikan ramalan doktor bahawa mereka tidak akan dapat hidup lama.


Berketinggian 1.54 meter, Lori dilahirkan dengan tubuh badan sempurna tetapi George yang memiliki ketinggian cuma 1.3 meter, sukar bergerak kerana mengalami masalah saraf tunjang.

Disebabkan George lumpuh, dia terpaksa duduk di sebuah kerusi roda khas yang ditolak oleh Lori untuk memudahkan mereka bergerak.

Walaupun berkongsi kepala, mereka menjalani kehidupan yang berbeza dengan Lori pernah bercinta manakala George pula memutuskan untuk hidup sebagai lelaki. Lori juga merupakan seorang juara sukan boling manakala George mencari nafkah dengan berkecimpung sebagai penyanyi irama Country.


 "Semasa kami lahir, doktor-doktor meramalkan kami tidak akan dapat hidup sehingga berusia 30 tahun tetapi kami membuktikan mereka telah silap," kata Lori.

"Ramai orang tidak percayakan kami tetapi kami hidup secara normal seperti orang lain. Kami melancong, mengemas flat kami, malah, Lori pernah mempunyai teman lelaki. Tiada yang dapat menghalang kami daripada melakukan perkara yang kami mahu," ujar George.

Kata George lagi, Lori hilang dara semasa dia berusia 23 tahun setelah berasmara dengan teman lelakinya yang kedua.

 
 
 
 
 

source: kosmo, foxnews

Comments

  1. mula2 mcm nk kesian, tp bila tang bab hilang dara tu terus slack la..he3

    ReplyDelete
  2. "kn melekt kt kepala kn..mse hlg dara tu cmne..si kmbr menyaksikn ea..hehe..

    ReplyDelete
  3. mm...kecekalan & ketabahan mereka boley djadikan teladan...dan ader jugak y kena dijadikan sempadan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.