Thursday, September 8, 2011

Hampir Separuh Pengguna Komputer Dunia Miliki Perisian Secara Haram






 Malaysia antara negara miliki ranking kadar cetak rompak tertinggi di Asia Pasifik


Hampir separuh daripada pengguna komputer peribadi (PC) dunia atau 47 peratus memiliki perisian menerusi cara haram, dan di negara-negara membangun, angka-angka itu lebih tinggi, kata Business Software Alliance (BSA).

Peneraju global utama untuk industri perisian itu hari ini mengeluarkan penemuan terperinci daripada kajian yang dikendalikan oleh Hal Ehwal Awam IPSOS ke atas kira-kira 15,000 pengguna PC di 32 negara.

Kajian itu mendapati sebahagian besar pengguna komputer di dunia membangun biasanya memiliki perisian menerusi cara yang tidak sah — seperti membeli lesen tunggal untuk satu program dan kemudiannya memasangnya kepada pelbagai mesin, atau memuat turun daripada rangkaian negara-ke-negara - walaupun mereka melahirkan sokongan untuk prinsip harta intelektual.

Daripada 32 negara yang dikaji selidik, sembilan di rantau Asia Pasifik dan antaranya ialah China, Vietnam, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Korea Selatan didapati mempunyai ranking kadar cetak rompak individu di kalangan 10 negara yang dikaji selidik.

"Ia melibatkan ratusan juta pencuri untuk mencuri AS$59 bilion berbilion perisian tahun lepas. Kini, kita mempunyai pemahaman yang lebih baik apa yang mereka fikirkan.

"Buktinya jelas, cara untuk mengurangkan cetak rompak perisian ialah dengan mendidik perniagaan dan individu mengenai apa dia undang-undang dan meningkatkan penguatkuasaan ke atas undang-undang harta intelektual,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Robert Holleyman ketika mengumumkan laporan itu baru-baru ini.

sumber: utusan malaysia

Entri-Entri Berkaitan.....

2 comments:

  1. setuju sgt..memang ramai yg guna..sape taknak free

    ReplyDelete
  2. mau tak pakai cetak rompaknya, tgk la yg ori mahal bapak.. adobe photoshop saja pun dah RM2k...kalau murah xpe la jg macam antivirus skrg ni.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails