Skip to main content

Ditangkap Kerana Berbogel di Khalayak Ramai




Polis terpaksa dipanggil ke New York Times Square bagi menangkap seorang gadis yang berbogel bagi mempamerkan lukisan pada tubuhnya. Pada pukul 5 petang waktu tempatan pada Selasa lalu, beberapa anggota polis menangkap gadis tersebut dengan menggari tangannya sebelum dia dibawa menaiki sebuah van.

 

Gadis itu yang berusia 21 tahun, Zoe West berdiri dalam keadaan bogel manakala orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat memerhatikannya.

Dia mempamerkan lukisan pada tubuhnya yang dihasilkan oleh seorang artis, Andy Golub. Golub turut melukis lukisan itu di khalayak ramai.

Menurut gadis itu, dia tidak melakukan sebarang kesalahan yang menyalahi undang-undang. Dia didakwa melakukan aksi kelucahan di khalayak awam. Namun, dakwaan itu digugurkan dan dia kemudian dibebaskan.

Peguam gadis itu, Ron Kuby berkata: “Undang-undang New York menghalang berbogel di khalayak awam kecuali jika ia merupakan sebahagian daripada satu pameran, drama atau pertunjukan.”

 
 
 
 

sumber: kosmo, dailymail.co.uk

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.