Orang ramai tidak lagi perlu memilih sama ada mahu berkhemah atau belayar ketika pergi bercuti selepas seorang pereka Jerman, Daniel Straub mencipta karavan yang boleh bertukar menjadi sebuah bot.
Karavan yang diberi nama Sealander itu ditarik kenderaan lain di atas jalan raya tetapi ia dipandu secara berasingan dengan menggunakan sebuah motor elektrik apabila berada di dalam air.
Selain dua tempat tidur, karavan, Sealander turut dilengkapi sebuah dapur, tandas dan meja makan.
Straub yang mengambil masa dua tahun untuk menguji karavan ciptaannya sebelum ia memasuki fasa pengeluaran memberitahu: "Mereka yang pergi bercuti boleh berkhemah pada malam hari dan pada waktu siang, mereka boleh belayar di tasik untuk aktiviti memancing".
Karavan unik itu dijadualkan memasuki pasaran tahun depan pada harga £13,000 (RM63,495).
source: kosmo, dailymail.co.uk
waw bagus sekali,,jadi pengen beli yang kaya gitu.
ReplyDeletewah keren banget nih.
ReplyDelete