Skip to main content

10 Teori Konspirasi Peristiwa 9/11





Hari ini, dunia memperingati ulang tahun ke-10 serangan 11 September 2001. Ia membabitkan empat serangan serentak terhadap sasaran di New York dan Washington DC, Amerika Syarikat (AS).


Anggota al-Qaeda didakwa merampas empat pesawat dan menggunakan dua daripadanya untuk merempuh Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. Kedua-dua menara itu musnah sama sekali dalam masa dua jam.

Pesawat ketiga digunakan untuk merempuh Pentagon di Arlington, Virginia. Apabila penumpang cuba menguasai pesawat keempat, Penerbangan 93 United Airlines, ia terhempas di kawasan lapang berhampiran Shanksville, Pennsylvania, menghalangnya daripada sampai ke sasaran di Washington,DC. Hampir 3,000 orang terbunuh dalam serangan itu.

Al-Qaeda serta-merta menjadi suspek. Ketuanya, Osama Laden, yang mulanya menafikan terbabit, kemudian mendakwa bertanggungjawab. Alasan serangan itu ialah tentangan mereka kepada sokongan AS terhadap Israel, kehadiran tentera AS di Arab Saudi dan sekatan terhadap Iraq. Mei lalu, komando tentera AS mendakwa menembak mati Osama di Pakistan selepas bertahun-tahun memburu dan cuba membunuhnya. Mayatnya dicampakkan ke laut.


Namun selepas 10 tahun, masih ramai percaya kejadian itu adalah konspirasi membabitkan ejen Israel dan kerajaan AS.

Dalam kajian pendapat di 17 negara mengenai kejadian itu, sejumlah responden percaya AS menjadi dalang utama di sebalik serangan itu. Tujuh peratus responden menyalahkan Israel, manakala angka sama turut percaya individu lain selain daripada Osama dan al-Qaeda menjadi dalang di sebalik serangan itu.


Berikut ialah 10 teori konspirasi yang dirumuskan mereka:


1. MEREKA TAHU LEBIH DULU

Sejurus selepas serangan itu, Presiden George W Bush berkata: “Tidak ada siapa dalam kerajaan AS dan kerajaan sebelum ini pernah terfikir untuk merempuh pesawat pada bangunan.”

Hanya beberapa minggu sebelum itu, ketika Bush dan pemimpin dunia lain berbincang pada persidangan tahunan G8 di Genoa, Itali, perancang keselamatan melakukan persediaan untuk menghadapi serangan seumpama itu.

Peluru berpandu anti-pesawat ditempatkan berhampiran Genoa kerana Itali menerima ancaman bahawa pesawat akan digunakan sebagai senjata bagi membunuh pemimpin G8. Markas Pertahanan Angkasa Lepas Amerika Utara (Norad) menjalani latihan bagi menghadapi seumpama itu.


2. LETUPAN YANG TERKAWAL

Ahli teori konspirasi, termasuk ahli fizik dan jurutera perisian, percaya bangunan berkembar WTC runtuh akibat letupan yang terkawal, bukan angkara dirempuh pesawat. Pendapat itu diluahkan berikutan fakta bahawa dua menara itu runtuh secara teratur hingga ke dasarnya, berbanding hanya bahagian atas menara yang musnah.


Kumpulan ahli teori itu percaya sejumlah besar bahan letupan disembunyikan dalam kedua-dua menara itu dan cerucuk keluli yang menyokong bangunan itu dipotong terlebih dulu, membolehkan bangunan berkenaan runtuh pada tapaknya. Dan berikutan langkah keselamatan ketat di tapak bangunan itu selepas ia runtuh, bahan bukti kemudian dapat dialihkan dan dihantar untuk dikitar semula.


3. ORANG DALAM BURSA SAHAM MERANCANGNYA

Sebelum insiden serangan 11 September, berlaku beberapa siri perdagangan saham yang luar biasa di kalangan syarikat yang menerima kesan negatif dan positif akibat serangan itu. United Airlines dan American Airlines, yang kedua-duanya hilang pesawat dalam serangan, dijual begitu banyak sebelum serangan. Tiada syarikat penerbangan AS lain dilihat mengalami kegiatan saham seperti dua syarikat berkenaan.

Saham syarikat pertahanan yang mendapat faedah berikutan tindak balas agresif ketenteraan turut memperoleh banyak belian pada minggu sebelum serangan. Morgan Stanley yang beribu pejabat di WTC adalah syarikat yang banyak membuat jualan saham. Begitu juga dengan syarikat insurans.

Malah, Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS melancarkan siasatan terhadap kegiatan Wall Street sebelum serangan berlaku.



4. MENAHAN KEMARAAN PESAWAT

Norad mempunyai sistem maklumat canggih mengenai rampasan pesawat itu tetapi mengarahkan juruterbang mereka supaya tidak bertindak atau sengaja melengahkan tindakan supaya tidak dapat menghalang pesawat yang dirampas itu daripada tiba ke sasaran mereka.

Sudah pasti Norad yang bertanggungjawab ke atas pertahanan udara mampu mengesan pesawat penumpang yang besar dan berat.


Bukankah mereka mempunyai sistem radar paling canggih? Jadi, mengapa mereka tidak bertindak sewajarnya dan menghalang tragedi itu daripada berlaku? Dan mengapa dua jet diarah keluar dari ruang angkasa tentera di ruang udara Long Island ketika Bandar Raya New York diserang?


5. ‘PESAWAT’ PENTAGON

Ahli teori konspirasi berkata, Pentagon tidak diserang pesawat penerbangan American Airlines 77. Bangunan pertahanan paling selamat di dunia itu mempunyai sejumlah besar kamera yang mengawasi keadaan sekitarnya. Namun, tiada satu pun daripada kamera berkenaan dapat menangkap imej pesawat itu. Malah, ia mungkin peluru berpandu yang dilepaskan penyangak kerajaan AS.


Dan lubang akibat serangan pesawat itu hanya seluas 20 meter, sedangkan panjang sayap Boeing 757 adalah 40 meter dari hujung ke hujung. Lubang yang berlaku di Pentagon juga terlalu kemas dan bangunan itu hanya rosak sedikit, seolah-olah ia bukan kesan serangan pesawat yang dipandu laju. Ia adalah hasil tembakan peluru berpandu.


6. KOTAK HITAM

Semua pesawat yang digunakan dalam serangan itu membawa dua kotak hitam. Laporan rasmi insiden serangan 11 September berkata, tiada satu pun daripada empat kotak hitam dua pesawat yang merempuh menara berkembar WTC dapat diselamatkan kerana musnah terbakar. Namun, dua lelaki yang bekerja di kawasan kejadian berkata, mereka membantu ejen persekutuan menyelamatkan tiga daripada empat kotak hitam itu.

Kotak hitam dalam pesawat yang menyerang Pentagon dikatakan musnah teruk dan maklumat mustahil diperoleh. Hanya kotak hitam pesawat penerbangan United 93, di mana penumpang dan kru kabin dikatakan melawan perampas pesawat hingga menyebabkan ia terhempas di ladang jagung di kawasan luar bandar Pennsylvania, ditemui.

Namun, ia mengambil masa tujuh bulan sebelum keluarga dapat mendengar pita rakaman dan lima tahun enam bulan sebelum ia dikemukakan dalam perbicaraan orang yang digelar perampas ke-20.




7. MENYALAHKAN CIA DAN MOSSAD

Seorang bekas Presiden Itali merangsang lagi teori konspirasi apabila berkata, semua anggota parti pembangkang Itali tahu Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan ejen perisikan Israel, Mossad adalah dalang serangan itu dan menjadikan militan Islam sebagai kambing hitam.

Ia membolehkan AS memberi sokongan penuh dan berterusan kepada Israel. Sementara itu, bekas ketua agensi Perisikan Pakistan (ISI) mendakwa, pihaknya mempunyai maklumat mengenai serangan itu dan tahu CIA bekerjasama dalam Israel untuk melancarkan serangan.

Dan serangan itu adalah peluang paling sempurna untuk Zionis menguasai hal-ehwal dunia sebagai membalas dendam.


8. BUKAN ANGKARA PESAWAT

Pesawat Boeing yang digunakan dalam serangan itu sebahagian besarnya diperbuat daripada aluminium dan secara fizikalnya, mustahil ia boleh menyebabkan kemusnahan sebagaimana berlaku di WTC dan Pentagon. Menurut video ahli teori terbabit yang tersebar di Internet, serangan itu dilakukan menggunakan peluru berpandu dengan kesan hologram.


Teori mereka disokong analisis secara berperingkat serangan ke atas menara berkembar WTC. Paparan video itu menunjukkan objek berbentuk cerut dan bukan pesawat. Tambahan pula, bahang disebabkan oleh minyak pesawat tidak mungkin cukup panas untuk mencairkan cerucuk keluli yang menyokong bangunan menara berkembar itu.


9. ISU TENAGA MINYAK YANG BERAKHIR DENGAN BAIK

Harga minyak berikutan peristiwa serangan 11 September menunjukkan penurunan disebabkan pengeluaran secara berlebihan dan penemuan telaga minyak baru. Namun, isu serangan dramatik di AS dan menyalahkan militan Islam atas apa yang berlaku memberi kesan jangka panjang terhadap harga minyak.

Dengan pergolakan yang berlaku di Asia Barat, tindakan ketenteraan AS akan melindungi hasrat strategik mereka untuk menguasai minyak di negara berkenaan. Lagi pun, siapa selain AS mampu merancang serangan seumpama itu.


10. TERSELAMAT DARIPADA TRAGEDI

Ahli teori hairan dengan kisah seorang anggota bomba yang terselamat selepas jatuh dari tingkat 82 runtuhan menara utara dengan memegang sisa runtuhan ketika ia jatuh di besi pasak bangunan itu. Satu lagi kisah menceritakan seorang kakitangan syarikat kewangan yang gemarkan sukan luncur, meluncur di atas sisa runtuhan dengan selamat apabila bangunan itu runtuh.


Top 10 Photos 9/11 Conspiracy











source: hmetro, http://xaxor.com

Comments

  1. kambing hitam..hmm..dunia..dunia...

    ReplyDelete
  2. Semuanya perancangan Dajjal Al-Masih...
    Tapi ingat,perancangan ALLAH S.W.T lagi hebat!!!

    ReplyDelete
  3. lagi satu aku dengar, Rahsia Sulit Presiden George Bush tersimpan kat dalam WTC. Seorang individu merancang untuk mendedahkan kepada umum segala bentuk penyelewenggan yang dilakukan oleh Presiden tersebut.
    Jadi, bagi menutup kesalahannya. Bangunan itu terpaksalah dimusnahkan.

    ReplyDelete
  4. mm..da terang lagi bersuluh..
    Amerika dan sekutu2nya la dalangnya...

    ReplyDelete
  5. banyak pendapat tentang peristiwa ni :--
    3 pendapat yang dapat aku kemukakan.....

    1. Osama dikatakan ejen CIA. Try cari Tim osman kat google. Tujuannnya..?? Mereka nak memburukkan islam.
    2. Ketika itu presidennya, George W Bush berasa kedudukannya sebagai president tergugat, maka peristiwa 9/11 dirancang. Tujuannya..?? Hanya nak menaikkan nama dia balik. seperti yang dibincangkan dalam channel 555 kat discovery. rancangan tu bertajuk The Secret Book of President.
    3. peristiwa 9/11 adalah salah satu agenda freemason untuk memburukkan Islam.
    Tujuannya..?? menunggu kedatangan mata satu. ataupun lebih dikenali sebagai dajjal.

    aku rasa yang ketiga ni yang paling tepat sekali. sebab freemason ni memang tak ada agama. mereka nak wujudkan agama baru ketika tibanya pemerintahan sang dajjal yang diramalkan akan berlaku tak lama lagi. mereka memburukkan semua agama termasuklah kristian sekali. kalo difikirkan balik memang betul pun. dunia ni dah uzur dah. orang islam tak bersatu. masing-masing mengikut sistem pemerintahan dari barat. sitem pemerintahan barat sama macam sistem pemerintahan firaun pada zaman dulu. seperti pemimpin negara kita yang sering bertengkar tiap-tiap hari. bacalah surat khabar, apa yang mereka ceritakan. tak lain tak bukan mengenai pemimpin kita yang berlainan politik memburukkan satu sama lain. bila semua ni nak berakhir..?? apa-apa pun semua tu tak akan berakhir selagi pemimpin islam yang sebenar tidak muncul. dia akan muncul tak lama lagi. kita hanya mampu menuggu. dia akan menegakkan keadilan di bumi ini. ya.. dia adalah Imam Mahdi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.