Skip to main content

Video UFO Mendarat di Siberia





Betul ke tak klip video di bawah ni, tak tahulah...tapi jika betul sekalipun, ia bukanlah sesuatu yang pelik sebab kita memang tahu bukan hanya manusia dan binatang-binatang di bumi yang menghuni alam semesta ini...


Rantau sejuk beku di Siberia pastinya bukan lokasi pendaratan paling menarik untuk makhluk asing yang mahu menerokai Bumi.

Namun, satu klip video di laman perkongsian video YouTube (klip di atas) menunjukkan beberapa makhluk asing memilih lokasi tandus itu untuk mendaratkan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau piring terbang mereka.

Klip berkenaan yang dirakam di Irkutsk, pedalaman Siberia, menunjukkan satu makhluk asing setinggi sekitar 1.2 meter sedang berdiri kira-kira lima meter dari piring terbangnya yang bersinar, manakala empat makhluk serupa berada dekat dengannya.


Klip video pendek itu dirakam dua hari selepas beberapa cahaya misteri dilihat menyinari langit desa Bayanday, juga di Irkutsk.

“Terdapat dua rakaman insiden ini yang dibuat oleh dua saksi kejadian itu,” kata seorang pakar UFO, Mike Cohen. “Kedua-dua klip video menunjukkan insiden UFO utama seperti yang pernah terjadi di Roswell, Amerika Syarikat berlaku di Rusia,” ujarnya.

“Satu letupan kuat kemudian didengari meliputi satu kawasan yang luas,” tambahnya.

Dia mendakwa polis dan jabatan penyelamat dibanjiri panggilan telefon daripada penduduk kampung yang ketakutan mendengar letupan tersebut.


Pihak tentera mengesahkan bahawa ia tidak melakukan sebarang latihan ketenteraan di kawasan terbabit. Namun, Cohen mendakwa pihak berkuasa Rusia cuba menutup berita pendaratan UFO berkenaan daripada diketahui umum.

Katanya, beberapa pegawai memberitahu wartawan tempatan bahawa insiden terbabit diklasifikasikan sebagai maklumat sulit dan lokasi kejadian tidak boleh didedahkan.

Sebelum ini, beberapa penemuan makhluk asing dan UFO pernah dilaporkan di Siberia.

sumber: kosmo, dailymail.co.uk

Comments

  1. mm...macam kurang sahih..
    video kabur...
    hmm...

    ReplyDelete
  2. Ada kew maklut asing??? x berapa nak caye la..

    ReplyDelete
  3. barat boleh cipta piring terbang Ufo...rekaan semat-mata

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.