Seorang pelajar menceritakan bagaimana dia terlepas menyambut hari jadinya dan peperiksaan universiti kerana tidur.
Lily Clarke, 21, menghidap sindrom Kleine-Levin yang menyebabkan dia boleh tertidur kira-kira sebulan dalam satu-satu masa.
Dia hanya jaga kira-kira sejam sehari untuk makan dan minum sebelum tidur semula. Sepanjang tiga tahun lalu dia mendapat rawatan daripada tujuh pakar perubatan dan menjalani pelbagai pemeriksaan.
Ibunya, Adele, 47, hanya menyedari penyakit yang dihidapi Lily selepas membaca satu kes serupa dalam akhbar Daily Mail pada Februari tahun lalu.
Lily bersama ibunya (kiri) |
“Dia mengadu pening. Selepas bermain, kami ke restoran dan Lily tidur tanpa menyentuh makanan.
“Dia enggan meninggalkan katilnya selama sebulan dan tidak berminat untuk makan atau minum. Dia akan tidur 23 jam sehari dan tidak boleh mendengar bising atau cahaya. Dia bangkit sebelum Krismas tetapi tidak boleh mengingati apa yang berlaku pada dirinya.
Kira-kira sebulan kemudian, Lily yang sepatutnya menduduki peperiksaan, mengalami episod sama. Dia terlena selama tiga minggu lagi hingga ibu bapanya terpaksa membatalkan majlis sambutan hari jadinya.
Keadaan itu berulang beberapa kali dan meskipun berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, dia ketinggalan dalam pelajarannya dan pernah tidak menduduki peperiksaan kerana tertidur.
sumber: harian metro, dailymail.co.uk
As'salam sindrom mcm ni xpnah mglami tp kena sihir susah nk tido mlm mampu bjaga smpi subuh lps subuh baru bleh tido dh tido susah plak nk bngun smpi kena jirus air&bgoyang katil2 susah jgk nk dkjutkn :( alhmdulah skrg ni dh krng ckit
ReplyDeletewujud???????????? lor.ingtkn dlm fairy tale jerrr.... =P
ReplyDeletewush.. kesian la tu .. da tetido smpi telepas exam ... fuhh, x sggup ak kene repeat.. klu sbb tetido...
ReplyDeletelame2 bole ilang ingatan...hehehe......
ReplyDeletepentingnya tido untuk budak tu ye
ReplyDeletemm..kesiannya..
ReplyDeleteAlhamdulillah saya normal..