Thursday, August 4, 2011

Pemandu Bas Paling Handsome Jadi Rebutan Ramai di China





Seorang pemandu bas berusia 27 tahun disebut-sebut sebagai paling tampan dan seksi di China setelah fotonya beredar di dunia maya. Pemandu itu bernama Xiong Xingyuan berusia 27 tahun dan tinggal di Wuhan, China.
 
Xiong menjadi sensasi di dunia maya dan sejumlah ahli di beberapa forum mengatakan dia mirip dengan idola remaja Hong Kong, Daniel Wu.

Daniel Wu
Dengan tinggi 180 sentimeter, Xiong telah memandu bas selama tujuh tahun setelah menamatkan pengajian di sekolah tinggi. Orang ramai memberikannya gelaran 'Shuai Xiong' atau si tampan Xiong dan beliau digambarkan sangat fashionable dan jambu.

Tidak hanya dari segi fizikal. Xiong juga seorang pemandu yang sangat berhati-hati dan melayan penumpang dengan sopan dan ramah. Selama ia menjalankan tugas sebagai pemandu, Xiong belum pernah mengalami kemalangan.

Meskipun digilai oleh para wanita dan gadis muda, Xiong menyatakan dia hanya menjalankan tugasnya. "Kita harus melayan penumpang sepertimana mereka adalah ahli keluarga kita. Saya hanya ingin memastikan mereka berasa selesa di dalam bas dan kita tidak boleh melanggar peraturan di jalan.

Xiong juga menegaskan dirinya tidak pernah berusaha mencari perhatian sepertimana yang dituduh oleh banyak pihak. "Di dalam pekerjaan, kita harus melakukan tugas dengan baik. Saya bukan seorang bintang mahupun seorang artis," kata Xiong.


Lagi gambar-gambar menarik Xiong:

 
 
sumber: http://kaskus-lover.blogspot.com, chinadaily

Entri-Entri Berkaitan.....

18 comments:

  1. woooooooooohoooooooo. kalo mcm nie hari2 pun nak naek bas. kui3

    S a l a m r a m a d h a n~
    Jum hayati di sini (^o^)
    suatu kisah di ramadhan

    ReplyDelete
  2. pergh!mamat ni mmg style la bawak bus pakai t shirt je.haha

    ReplyDelete
  3. agh dia lagi handsome *.* kalau mcm ni hari2 naik bas pun tak apa

    ReplyDelete
  4. klu mcm ni hari-hari nk nek bas ni.. haha..

    ReplyDelete
  5. wow.... tergugat sebentar.. haha..

    ReplyDelete
  6. aiyooo.. hensem gila.. kt mesia tade ke?

    ReplyDelete
  7. aku rasa dia polis yag tengah menyamar..

    ReplyDelete
  8. mmg dierrr jambuuuu aaaahhhh

    ReplyDelete
  9. kalau kt m'sia ad pemandu mcm ni, mmg bankrup la syarikat bus lain.. hoho

    ReplyDelete
  10. ensem gile kowt pmandu bas...huhu...
    mcm ni ari2 nk naek bas smate2 nk tgok muke die...huhu

    ReplyDelete
  11. amboi ramai yg minat ye...:)

    ReplyDelete
  12. whoa.. kaye company bas nih... XD

    ReplyDelete
  13. woot woot, hensem kemain lagi.

    ReplyDelete
  14. mm..boleh la..
    untung la company bus nie...ehee

    ReplyDelete
  15. "nk nek bus ni r..hehe..

    ReplyDelete
  16. kt u pown ad bas driver
    yg dpndu oleh mamat hensem gak
    tiap2 student naek bas semata2 nk tgk dia je
    (jelous)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails