Skip to main content

Menara Burj Khalifa: 1 Tempat, 1 Bangunan Tetapi 3 Zon Berbuka Puasa


Umat Islam yang menghuni di tingkat 80 dan tingkat lain yang lebih tinggi Burj Khalifa di Dubai dinasihatkan melewatkan waktu berbuka puasa mereka sepanjang Ramadan ini selama dua hingga tiga minit berikutan waktu terbenam matahari yang berbeza, kata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Dubai.


Waktu imsak mereka juga adalah dua minit lebih awal berbanding mereka yang tinggal di tingkat lebih rendah, kata jabatan yang sama dalam satu fatwa yang dikeluarkan.

“Penghuni di Burj Khalifa mempunyai waktu berbuka puasa, imsak dan solat Subuh yang berbeza bergantung kepada tingkat berapa mereka tinggal,” kata ketua bahagian fatwa jabatan itu, Ahmad Abdul Aziz Al Haddad.

Beliau berkata, penduduk Islam yang tinggal di tingkat 80 hingga 150 menara tertinggi di dunia itu, perlu menangguhkan waktu berbuka puasa mereka selama dua minit manakala mereka yang berada di tingkat 151 hingga 160 perlu berbuka kira-kira tiga minit lebih lewat.

“Penghuni di tingkat 80 hingga 150 perlu menunaikan solat Asar dan isyak dua minit lewat manakala solat subuh dua minit lebih awal.

“Mereka yang menghuni tingkat 150 ke atas perlu melambatkan solat Asar dan Isyak mereka tiga minit tetapi mempercepatkan waktu solat subuh tiga minit lebih awal berbanding waktu yang ditetapkan penduduk di tingkat lebih bawah,” katanya.


Al Haddad berkata, perbezaan waktu ini bagi bangunan setinggi 160 tingkat itu adalah kerana waktu matahari terbenam bagi penduduk di tingkat atas tetapi penduduk terbabit adalah mula-mula dapat melihat matahari terbit pada awal pagi.”


sumber: berita harian

Comments

  1. alahai.... gayat memikirkan ttg ketinggiannya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.