Seorang lelaki menjadi datuk paling muda di Britain pada usia 29 tahun selepas anak perempuannya melahirkan anak ketika berusia 14 tahun. Shem Davies juga berusia 14 tahun ketika pertama kali dia menjadi bapa.
Kini anak perempuannya yang masih bersekolah, Tia melahirkan bayi perempuan seminggu sebelum hari lahirnya yang ke-15. Davies yang tidak bekerja - dan berpisah dengan ibu Tia iaitu Kelly tiga bulan selepas Tia dilahirkan - berkata dia sangat gembira dengan kelahiran cucunya.
Ava Grace diletakkan dalam inkubator selepas dilahirkan sepuluh minggu lebih awal - dengan berat kurang daripada 0.9 kilogram.
Namun, keluarga itu berkata Ava ‘baik-baik saja’ di unit rawatan khas bayi di mana dia dirawat di Bridgend, Wales Selatan. Davies berkata dia terkejut apabila Tia memberitahunya dia hamil hasil hubungan dengan teman lelakinya, Jordan Williams, 15.
Datuk - yang mempunyai anak lelaki berusia sembilan bulan dengan teman wanita barunya, Robyn Thomas berkata: “Pada satu minit Tia hanya bayi dan minit berikutnya dia hamil.
“Saya boleh mengherdiknya tetapi apa gunanya? “Saya tahu betapa sukarnya keadaan selepas ini kepada mereka kerana saya pernah melalui pengalaman sama pada usia itu. Saya tidak dapat menguruskan hal dengan baik ketika menjadi bapa ketika berusia 14 tahun.
“Saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi itu dan saya melarikan diri.“ Ibu Tia, pekerja kafeteria, Kelly, 30, berkata: “Mimpi ngeri saya ialah Tia akan mengulang kesilapan saya dan hamil pada usia muda.
“Saya selalu membebel kepadanya mengenai pencegahan kehamilan.” Davies dan Kelly yang berasal dari Bridgend, masing-masing menyokong Tia ketika dia menjaga Ava - generasi keenam keluarga itu.
Seorang rakan keluarga itu berkata: “Ia sukar buat Tia kerana apa yang dia inginkan ialah memeluk bayinya seperti ibu baru yang lain. Tetapi Ava perlu berada dalam inkubator.” Davies memberitahu temannya, dia belum lagi membasahkan kepala bayi itu sambil menambah: “Ia masih awal. Tunggu hingga dia keluar dari unit rawatan khas.”
p/s: hebatnya gejala keruntuhan moral di sana, umur 14 tahun pun dah boleh beranak...umo 29 tahun dah bole jadi datuk...nauzubillah
sumber: harian metro, dailymail.co.uk, kosmo
bagusnyeeee..apa nk jadi dgn dunia skrg..-_-
ReplyDeletenegara barat dah biasa kot cam tu...-_-"
ReplyDeleteyg jadi ayah 15 tahun tu, muka cm belum baliqh lg..huhuhu
ReplyDeleteWOw, that's amazing :) I'm 29 and have not had a kid yet.
ReplyDeleteCEH~AT LEAST THEY STILL KEEP AND FEED LOVE TO THAT GOD'S CREATION EVEN THEY ARE A SINNER,NOT SAME IN OUR COUNTRY WHEN PEOPLES TOO BUSY TO COMPARES BUT STILL THE MOST HIGHEST RATE IN "BABIES ABANDON" IN ASIA =.=..
ReplyDeleteadoi... mereka betul2 ready ke untuk memikul tanggungjawab tu... hurm... kalau budak itu dibesarkan dengan sempurna bagus la.. tapi kalau sebaliknya.. x tau la..
ReplyDeletebetter than diorang buang baby tu merata mcm sesetengah org tu...berani buat tpi tak berani nak tanggung....
ReplyDeletesana kes ank luar nikah dah xde benda .. yg bagusnya,depa x buang2 ank mcm org kat malaysia ni..bukan stakat buang,kira mmbunuh lak tu..zalim betoi ... depa ni siap masukkn baby dlm icu lg utk dirawat ...
ReplyDelete"mude2 dh jd dtok..skong umi tw..hrpnye kt cni jngn r buang2 byi..
ReplyDeletehebat-hebat, memang umur baru 37 thn, nanti dah jadi moyang. 40 tahun nanti dah ada cicit.
ReplyDeletelepas 40 dah mati...ish..ish... hmm... fikir2lah...
ReplyDeletewhen an underage girl married, she's been abused...
ReplyDeletewhen she had free sex, she's ok...
the truth is, when any girl reach her puberty, she's mature and old enough to have sex...
**sepatutnya statistik dan berita seperti ini menjadi hujah apabila media barat bersikap prejudis terhadap sirah Rasulullah s.a.w yang mengahwini Aisyah r.a di usia muda...
back to 60 years ago, nenek2 kita got married around 11 - 15 years old apa....
ngaku ja islam,tp teladan yg nabi kita bawa pun tatau,what a shame~ nabi semulia2 makhluk,dia diutuskan utk memimpin manusia ke jalan yg benar,apa yg nabi lakukan tidak lain hanyalah utk ikutan seluruh umat manusia~
ReplyDeletegood..even still young but they know what should they do n dont..at least they not do like what our people do..babies abandon..
ReplyDeletememang dah edan ni jaman
ReplyDelete