Skip to main content

Senarai Harga 20 Barang Terkawal Bagi Hari Raya 2011





Kerajaan menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 20 jenis barangan harga terkawal berkuat kuasa 23 Ogos hingga 6 September ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia termasuk dua barangan baru iaitu bawang besar import dan bawang putih import yang mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan.

"Tahun lalu hanya 18 jenis barangan yang kita kawal harganya tapi tahun ini semua jenis bawang kita kawal harga kerana sebelum ini barangan ini menghadapi kenaikan harga.

"Kita takut peniaga akan menaikkan harga bawang kerana permintaan tinggi pada musim perayaan ini, jadi kita tetapkan harga maksimum bawang bagi bawang besar import adalah RM3 sekilogram dan bawang putih import (China) RM6 setiap kg," katanya pada sidang akhbar..

Beberapa barangan runcit lain yang sebelum ini disenaraikan di bawah skim itu seperti ayam hidup, ayam standard, ayam super dan daging lembu tempatan masih ditetapkan harga maksimum yang sama seperti tahun lepas.

Harga runcit maksimum bagi ayam ialah RM6.10/kg, ayam standard (RM7.20/kg), ayam super (RM8.05/kg) dan daging lembu tempatan (RM20/kg).

Ismail Sabri berkata barangan harga terkawal lain termasuk daging lembu import, daging kerbau tempatan, daging kerbau import (India), telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, kacang tanah import, bawang merah kecil (India) dan ikan kembung.

Ismail Sabri berkata peniaga tidak boleh menjual barangan terkawal itu melebihi harga maksimum, dan mereka disyaratkan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada barang berkenaan.

"Jika peniaga gagal mematuhi peraturan-peraturan, iaitu menaikkan harga melebihi harga maksimum dan tidak mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu, tindakan boleh dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Akta Antipencatutan 2011," katanya.

Beliau berakta 1,000 pegawai pemantau harga dan 2,000 pegawai penguatkuasa akan menjalankan pemantauan di seluruh negara.

"Jumlah ini tidak cukup untuk memantau secara keseluruhan jadi kita minta pengguna membuat aduan kepada kita jika ada peniaga menaikkan harga," katanya.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai peniaga yang enggan mematuhi peraturan itu diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 atau e-mel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my


sumber: harian metro, kosmo

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.