Skip to main content

Gila ke hape...Lelaki Ini Bina Reaktor Nuklear di Rumah Sendiri





Seorang lelaki ditahan selepas cuba membina sebuah reaktor nuklear di dapurnya. Dia juga mendedahkan usahanya itu dalam laman Facebook dan blog miliknya.


Richard Handl, 31, dari Anglholm, selatan Sweden, mengumpulkan bahan, termasuk pengesan asap, jam dinding dan jam tangan yang dibeli menerusi Internet.

“Saya hanya ingin melihat sama ada boleh atau tidak membina reaktor itu. Ia hanya hobi,” kata Handl, yang menganggur ketika ini.

Dia pernah bekerja di sebuah kilang sistem pengudaraan. Handl sudah tiba ke peringkat mencampurkan beberapa bahan dalam ketuhar - americum, radium, beryllium dan 96 peratus asid sulfurik. Letupan berlaku kira-kira tiga atau empat bul;an lalu tetapi polis hanya datang dua minggu lepas.

Selepas letupan itu yang ditandakan sebagai “The Meltdown’ dalam blognya, Handl berkata, dia membersihkan ketuhar dan membeli lebih banyak radium serta meneruskan eksperimen.
 

Lembaga Keselamatan Radiasi dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa menyerbu flet Handl pada 20 Julai selepas mengetahui dia menggunakan bahan nuklear secara tidak selamat.

“Tidak ada peningkatan dalam tahap radiasi di apartmennya dan jiran juga tidak terjejas kepada radiasi,” kata Ketua Penyelidik, Leif Moberg berkata dalam kenyataan itu.

Handl melaporkan serbuan itu dalam laman webnya dengan menulis ‘Projek batal.’ Dia ditahan tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu.

“Saya masih menjadi suspek berhubung jenayah terhadap undang-undang keselamatan radiasi,” katanya.


 

sumber: harian metro, http://www.guardian.co.uk

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.