Apa yang pada mulanya mungkin kelihatan seperti idea yang kurang bijak sebenarnya adalah sesuatu yang dilakukan secara terancang. Di selatan Afrika, pemburu tradisi ular sawa Afrika memaparkan teknik mereka yang tersendiri untuk menangkap dan membunuh reptilia yang besar.
Ular sawa Afrika (python sabae) merupakan antara beberapa spesies ular terbesar di dunia, mencapai panjang melebihi 6 meter panjang. Jika ular sawa Burma dikenali kerana kejinakan mereka, ular sawa Afrika pula adalah sebaliknya.
Teknik:
Teknik yang digunakan adalah mudah, tetapi amat bahaya lagi menakutkan. Pemburu akan membalut sebelah tangannya dengan sehelai kain tebal (kain guni) ke lengan dan hanya bersenjatakan obor kecil api untuk masuk kedalam lubang bawah tanah di mana ular sawa tersebut berada. Dalam gambar-gambar di bawah ini, pemburu itu menemui ular besar yang sedang mengawal telurnya. Pada ketika ini, seseorang yang waras akan keluar secepat mungkin tetapi pemburu ini mempunyai rancangan yang lain.
Pemburu akan membalut sebelah tangannya dengan sejenis kain tebal
Mula merangkak masuk ke dalam sarang ular
Hanya bersenjatakan obor api
dah jumpa ular...
Beliau melambai/mengibaskan tangan (yang telah dibalut itu) secukupnya untuk mengalih perhatian ular itu daripada menggigit mukanya. Ular itu membuka mulut, menggigit tangannya dan mula menelan. Dengan sebelah tangan yang lagi satu, pemburu ini mencekik ular itu dan pasangannya yang sudah bersedia di luar lubang akan menarik beliau keluar dari lubang itu... ular ini membuka mulut dan mula menyerang tangan pemburu yang sudah berbalut
sebelah tangan pemburu yang tidak ditelan digunakan untuk mencekik ular ini
rakan pemburu yang sudah bersedia di luar lubang mula menarik rakannya keluar..
akhirnya berjaya...
So, hebat tak? Kecut perut tak? Giler berani mati diorang ni...
source: http://www.coolpicturegallery.us
fuh... ngeri....
ReplyDeletetabik spring kat depa.
ReplyDeletehumaakkaiiihhhhh... takde cara lain ka ?? ishhhhhhh.. gerun ngat aihh
ReplyDeletehebat! camni baru cool
ReplyDeletekreatifnye cara dorang..
ReplyDeletefuhh.
ReplyDeletetujuan diorang tangkap ular ni tok ape?
ReplyDeleteutk mkn le cik LynN ooi
ReplyDeletekecut perut aku....
ReplyDeletedrp dorg gune tgn..bek lar dorg gune kayu ker, dahan pokok ker.. lg selamat.. =.=
ReplyDeletegler kentang dieorang nie...
ReplyDeletenak cari mati tol dorg nie ! tetepi bagos sebab dorang pk kn keselamatan penduduk nya
ReplyDeleteHebat dan berani bener nih.
ReplyDeletebukan balut pakai kain lerr..tu kulit binatang
ReplyDelete