Skip to main content

Ciri-Ciri dan Kelebihan Orang KIDAL, Stigma dan Prejudis Masyarakat





Encik Billy tak pastilah sama ada anda pernah mengalami situasi ini atau tidak; jika anda seorang yang kidal, anda mungkin dipandang dengan pandangan yang jelik atau orang berasa pelik dengan anda terutamanya orang-orang tua. Seolah-olah ada satu stigma yang menyatakan; orang kidal adalah 'tidak baik' atau 'jahat' atau 'berkasta rendah'. Ya...inilah yang selalu dihadapi oleh en. Billy, kerana en. Billy adalah seorang yang kidal.. :(


Antara persoalan yang pernah en. Billy hadapi; "Eh, kamu ni kidal ke? Habis tu makan guna tangan apa? Basuh berak tangan apa?" Soal seorang mak cik dengan pandangan sinis dan jelek. Oh, kejam sungguh soalan itu!


Itu mungkin boleh tahan lagi. Seorang kawan encik Billy pernah dipukul beberapa kali oleh bapanya hanya kerana dia seorang kidal (menulis menggunakan tangan kiri) dan dia dipaksa menulis menggunakan tangan kanan sehinggalah berjaya. 

Seriously, mengapa sampai macam tu sekali stigma dan prejudis masyarakat terhadap orang kidal? Ada yang boleh jelaskan?


Penerimaan terhadap Kidal

Situasi di atas adalah situasi yang encik Billy pernah hadapi kira-kira 10 tahun yang lalu. Walaupun mungkin stigma seperti itu masih wujud pada hari ini, namun rata-ratanya kini masyarakat sudah boleh menerima dan membuang stigma negatif terhadap golongan kidal.

Kebanyakan ibu bapa pada tahun 70-an dan 80-an yang keberatan anaknya kidal akan memaksa anaknya yang kidal itu untuk menggunakan tangan kanan. Tetapi sekarang diketahui bahawa orang kidal lebih unggul, seperti menjadi juruterbang atau kemampuan berbicara dan mengemudi pada saat yang sama. Tetapi sebaliknya ibu bapa moden di Amerika ketika ini didapati 90% inginkan anaknya kidal kerana pelbagai kelebihannya.


Hari ini, golongan kidal dianggap sebagai golongan yang cerdik dan terpelajar, bijak dalam sains dan matematik, kreatif dalam kesenian dan berbagai-bagai lagi kelebihan.


'The Truth about Kidal'

Menulis tidak dapat digunakan untuk menentukan apakah seseorang kidal atau tidak, kerana sebahagian orang yang kidal menggunakan tangan kanannya untuk menulis, sementara untuk segala hal yang lainnya menggunakan tangan kanannya.

Kira-kira 8–15% daripada penduduk dewasa adalah kidal. Pelbagai kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa tangan kidal lebih umum ditemui di kalangan lelaki daripada perempuan dan lebih banyak di kalangan golongan heteroseksual dibandingkan dengan golongan homoseksual. 


Dibandingkan dengan masyarakat umum, tangan kidal sering berlaku di kalangan kembar seiras dan sejumlah kelompok orang yang mengalami gangguan neurologi (epilepsi, Sindrom Down, autisme, terencat mental,dll.) Dari segi statistik, seseorang yang memiliki saudara kembar yang kidal mempunyai 76% kemungkinan untuk juga kidal.


Hubungan kidal dengan otak
 
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. 
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.  

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.

Fakta Ringkas:
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

 sumber: http://namakugusti.wordpress.com/, http://yanawanie.blogspot.com/, http://mediaanakindonesia.wordpress.com/

Comments

  1. eh sy kidal tp tak pernah org pandang sinis. lg jeles ade !

    ReplyDelete
  2. dalam Islam pun disunatkan guna tangan kanan, mungkin sebab tu la persepsi masyarakat lebih sukakan tangan kanan berbanding yg kidal..

    ReplyDelete
  3. @Nufa Husin haha, beruntungnya!

    pandangan sinis tu dulu2 jer, skrg ni da laen.kdg2 terasa mcm orang istimewa pun ada..hehehe

    ReplyDelete
  4. @Zeeqa ~ Ajie yeah, betul. mungkin itu salah satu sebabnya especially among the old folks~

    ReplyDelete
  5. sy pun kidal dan sgt bangga dgnnya..suami sy yg kanan pun suka..dia nak sgt anak kami kidal...tp yg sulung dh kanan...tinggal yg kecik ni je lom tau...

    ReplyDelete
  6. suka org tngan kidal,,,berkebolehan berbanding normal..kalau leh guna dua2 tngan lagi best kan......hehe

    ReplyDelete
  7. sy kidal,.tak pernh la kena pandang sinis ni,:)best je,..mcm2 pengalaman dapat

    ReplyDelete
  8. org kidal mmg cerdik sebab dia banyak gunakan otak seblah kanan....

    ReplyDelete
  9. im proud to be left handed!!!!!

    ReplyDelete
  10. anak2 kidal akn buat apa saja pd brg2 yg trbuang n simpan buat kenangan... mereka sgt kreatif n brfikir pantas.....tapi auntie dpt rasa masa mengandungkn anak ni auntie lebih buat kerja tangan kiri sbb tgn kanan dah dukung kakak dia.....petua tuuu........

    ReplyDelete
  11. suami, dia mkn, menulis guna tgn kanan tapi buat kerja, berus gg prefer tgn kiri,katanya lebih senang & aman.

    ReplyDelete
  12. nak kata diskriminasi tu xdela, tp selalu org pandang pelik bila tulis dgn tangan kiri..pastu siap tanya "eh, ko kidal ek? ko mesti gay kan?"

    WTF!

    seriously apa kaitan kidal dgn gay? huhuhu

    ReplyDelete
  13. org paling hairan bile aku pegang n gunekan tetikus gune tangan kiri..diorg xtau betapa susahnye aku nk biasekan diri pgg mouse gune tgn kanan..tp lastly aku dpt biasekan diri gune mouse dgn kedua2 blah tgn.

    ReplyDelete
  14. dulu penah ketika aku menulis ada org sapa...`tulis tangan taik'... berulang kali... terbako rasanye...

    ReplyDelete
  15. kite pon kidal.tpi memg kalo org2 tua tgk kite menulis,mesti dorg tnye "eh,kamu ni kidal ke"..macam kidal tu satu yg pelik.hehe.tpi xamik pot pon.sestgh org ckp ada org kidal ni,mkn pon gune tgn kiri,tpi kalo basuh berak guna tgn kanan.yg penting kene bahagikan tgn kanan ngn tgn kiri. :)

    ReplyDelete
  16. Lebih 10 thn dulu ada member perli aku "hang kecik2 dulu makan mesti sedap" (konon aku guna kiri la time makan). Aku jawab balik "ok apa, at least kalau aku guna kiri, ada orang tegur kat meja makan, hang tu kalau guna kanan (time bebudak lagi - mana tau) basuh berak, siapa nak tegur dalam tandas.

    ReplyDelete
  17. Lebih 10 thn dulu ada member perli aku "hang kecik2 dulu makan mesti sedap", konon aku guna kiri la time makan. Aku jawab balik "ok apa - at least ada org tegur aku kat meja makan kalau guna kiri". "Hang tu kalau guna kanan time basuh berak dlm tandas (bebudak lagi - mana tau) siapa nak tegur". Lepas tu cakap "sorry la, itu la cara orang kidal berfikir".

    ReplyDelete
  18. I can write backward like Leonardo Da Vinci

    ReplyDelete
  19. Saya juga kidal disini . Tapi , ada juga orang tanya itu ini . ALhamdulillah , saya boleh guna kedua-dua belah . Kalau penat menggunakan kidal ,saya gunakan tangan kanan .

    ReplyDelete
  20. saya kembar seiras n kitorg dua org kidal..hihihi..n alhamdulilah, saya seimbang..i use both left and right..

    ReplyDelete
  21. Orang tgn kidal,bijak2 la,dh byk saya jmpe...!

    ReplyDelete
  22. Orang tgn kidal,bijak2 la,dh byk saya jmpe...!

    ReplyDelete
  23. Sye pon kidal keke xD

    Wktu kcil dlu slalu mkn gna tgn kiri sbb mmg x biasa guna tgn kanan.. Satu hari rumah mkcik sya buat kndri then sye mkn nsi dgn sudu pastu pkai tgn kiri ade mkcik tgur "eh!! Anakcsapa ni? Pgang sudu tgn kiri" time tu msih kcil not care tetiba mkcik tu trus smbang gn mkcik sye trmsuk mak sye tentang kidal ni...

    ReplyDelete
  24. dulu sy pn pernah kena kutuk sbb kidal..tp skang br sy sedar kidal ni special rupanye..

    ReplyDelete
  25. Macam rocky kn,petinju kidal atau man kidal.bgus pon . .

    ReplyDelete
  26. Aku pun kidal.kalau mkn guna tgn,guna tgn kanan.tp kalau guna sudu garfu aku kena guna kidal nak pegang.apa pun aku bangga aku kidal.walaupun dulu time skolah agama ustaz slalu ketuk jari aku.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”