Skip to main content

Bawah Dagu Wanita Aurat?





Dipetik daripada Harian Metro bahagian Soal Jawab Agama:

ADAKAH di bawah dagu itu aurat ?

Jawapan: Aurat bagi seorang lelaki dan wanita Islam berbeza. Secara dasarnya bagi seorang wanita auratnya ialah seluruh tubuhnya berbanding dengan aurat lelaki iaitu antara pusat dan lutut.


Bagaimanapun, terdapat pengecualian khusus dalam persoalan aurat wanita dan lelaki berdasarkan keadaan dan konteks tertentu.

Ini jelas apabila difahami daripada ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai suruhan kepada wanita supaya menjaga pandangan mata dan larangan daripada mendedahkan tubuh mereka kepada lelaki yang bukan mahram, kecuali anggota tubuhnya yang zahir.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkankan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur (24): 31)

Pengecualian dalam menutup aurat wanita terdapat dalam ayat di atas iaitu “...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Termasuk dalam zahir ialah bahagian muka dan dua tapak tangan. Memandangkan dagu dikira sebahagian daripada muka, ia termasuk dalam pengecualian itu secara umumnya.

sumber: harian metro

Comments

  1. terima kasih atas info ini

    dill.

    ReplyDelete
  2. huu... tpi kenapa org yg alim2 pakai tutup dagu ye? just curious

    ReplyDelete
  3. mm..biasanya tuk solat pakai tutup dagu..
    p bila pakai tudung x dapat tutup..
    ingt da jadi dosa..
    thanks 4 sharing...

    ReplyDelete
  4. ati shariffuddin: i bukan org alim..tapi i pakai tudung tutup sampai ke dagu..sebab selesa dan kalau belakang(hampir dengan leher) rasa cam tercekik...ape rpun billy nice info

    ReplyDelete
  5. ati sharifudin: sebenarnya ada byk pendapat ulamak ttg hal ni, tetapi ini pendapat yg masyhur. imam-imam mazhab (syafie, maliki, dll) ada pendpt msg2..so trpulang mana satu nk pegang~

    ReplyDelete
  6. terima kaseh atas perkongsian ni... tapi, nak tanya... sy still x brapa paham laa.. kenapa dlm solat dagu tu dikira aurat??

    ReplyDelete
  7. Yang boleh diperlihatkan hanya muka dan dua tapak tangan.Dua tapak tangan ini bukan bererti perut tangan sahaja tetapi juga belakang tangan sebab itu dipanggil dua tapak tangan sampai ke pergelangan tangan.Sebaiknya ditutup juga pergelangan tangan itu. Bawah dagu itu bukan muka jadi ia aurat. Ada dalam drama pelakon ditunjukkan bersembahyang tapi memakai telekongnya salah, menampakkan bawah dagu. Mereka tidak sedar perbuatan mereka itu mempengaruhi orang lain meniru selain menampakkan kejahilan. Mana2 aurat perempuan yang didedahkan maka ianya akan dibakar dengan api neraka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy sokong...ni ar spatutnya dlakukn pd smua kaum wanita muda n tua...

      Delete
  8. sekarang banyak ngawur tentang penutup aurat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.