Wednesday, August 17, 2011

Artis-Artis Muda Korea Yang Mati Kerana Membunuh Diri




Sekalipun cantik dan kacak, terkenal, dan kaya, kebahagian tak mudah diperoleh oleh sejumlah artis Korea ini. Mereka memilih mati muda dengan cara membunuh diri menggunakan tali gantung ataupun memotong nadi sendiri. Berikut ialah 8 artis Korea yang mati muda akibat bunuh diri.


 Jung Da Bin

Aktres dan penyanyi Jung Da Bin, mengakhiri hidupnya dengan tragis. Dia ditemui membunuh diri di apartemen kekasihnya di Seoul. Jun Da Bin membunuh diri dengan cara menggantungkan diri. Peristiwa itu terjadi pada 10 Februari 2007 lalu.

Tidak ada catatan yang ditinggalkan artis tersebut. Tetapi, menurut catatannya di blog peribadinya yang ditulis sebelum dia meninggal dunia, Jum Da Bin mengatakan dirinya sedang dilanda kemurungan dan tekanan. 


Dan inilah catatan terakhir Jun Da Bin:

“Semuanya sangat lengkap. Saya marah tanpa alasan, dan merasa saya akan menjadi gila. Ini sangat menyakitkan. Saya berasa sakit. Kepala saya sangat sakit dan membuat saya menangis. Saya seperti budak. Saya berasa seperti kehilangan diri saya, kehilangan identiti. Dan pada masa yang sama saya mendapatkan teguran. Saya berasa tenang. Tuhan sangat mencintai saya. Tuhan telah membuat saya menjadi penting dan memberikan saya keberanian. Dia mengangkat saya dan berkata saya akan baik-baik saja. Dan saya baik-baik saja.”

  


Lee Eun Joo


Aktres dan penyanyi Korea ini ditemui membunuh diri di apartemennya di Bundang, Korea Selatan pada 22 Februari 2005. Artis yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 24 tahun ini membunuh diri setelah beberapa hari lulus dari Universiti Dankook.

Lee meninggal dengan cara memotong nadinya dan menggantungkan diri. Keluarganya menyalahkan penyebab kematian artis cantik ini kerana Lee Eun Joo sedang kemurungan dan mentalnya terganggu. Artis itu juga mengalami imsomnia gara-gara melakukan adegan panas dalam filem ‘The Scarlet Letter’.

Sebelum bunuh diri, Lee Eun Joo sempat menuliskan pesanan untuk ibunya. Dia menuliskan pesan itu dengan darahnya sendiri. 


Ini pesan Lee Eun Joo untuk ibunya; “Mama, saya minta maaf dan saya mencintai kamu. Saya ingin melakukan banyak perkara. Meskipun saya hidup, tetapi saya tak merasa hidup. saya tak mahu dikecewakan lagi,” pesan Lee Eun Joo.

  


 U-Nee

Januari 2007, dunia hiburan Korea kembali hangat dengan kehilangan artis kebanggaan mereka. U-Nee yang selama ini dikenali sebagai penyanyi dan aktres ditemui menggantung diri di rumahnya di Seo-Gu, Korea Selatan.

Ibu artis itu mengesahkani U-Nee menderita tekanan perasaan. Gara-gara itu, U-Nee melarikan diri dari rumah. Dia juga selama ini sangat menderita dengan populariti yang diraihnya serta masalah peribadi lainnya yang menimpa kehidupan artis tersebut.




Woo Seung Yoon
 


Berita kematian artis Woo Seung Yoon sangat mengejutkan dunia hiburan Korea. Woo Seung Yoon ditemui membunuh diri pada ketika fenomena bunuh diri sedang hangat dibicarakan di Korea. Artis itu menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 24 tahun.

Dia ditemui pada pagi hari di rumahnya dengan keadaan yang mengerikan. Dia menggantung diri di atas almari rumahnya pada 27 April 2009. Penyebab bunuh diri artis cantik ini dipastikan kerana aktres dan penyanyi tersebut menderita tekanan yang berpanjangan.

Salah satu anggota keluarga mengatakan Woo Seung Yoon baru saja selesai menjalani pemulihan di hospital kerana tekanannya itu. Tetapi, dia tidak sanggup menghadapi kesedihan dan membuat keputusan yang sangat ekstrem.




Jang Ja Yeon

Kematian Jang Ja Yeon sangat menarik perhatian masyarakat Korea Selatan. Maklum saja, artis cantik ini adalah pendatang baru di dunia hiburan negeri Ginseng tersebut. Jang Ja Yeon ditemui mati bunuh diri di rumahnya. 

Tewasnya Jang Ja Yeon itu menjadi pembicaraan bukan kerana kematiannya sahaja yang sangat menyayat hati. Dia juga membawa beberapa nama penting dalam bisnes hiburan negara tersebut yang bertanggung jawab di atas keputusannya mengakhiri hidupnya dengan jalan bunuh diri.

Jang Ja Yeon menulis alasannya membunuh diri kerana adanya eksploitasi dan juga gangguan seksual yang dialaminya selama berkarier di dunia hiburan negara tersebut.

Dalam 7 catatan yang dibuat artis yang berlakon dalam drama popular ‘Boys Before Flowers’ sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya, menceritakan betapa kejamnya dunia hiburan negara itu. Dia dipaksa menjadi budak seks untuk orang-orang kaya di sana demi melancarkan kariernya sebagai artis.




 Park Yong Ha


Bintang drama popular Winter Sonata ini mengantung diri dengan kabel camcorder di rumahnya di Seoul pada 30 Jun 2010. Park, 32 tahun, membunuh diri kerana kecewa dan tekanan akibat penyakit kanser perut yang dialami ayahnya. Dia sangat menyayangi ayahnya dan merasa bersalah atas penyakit yang dideritai ayahnya. Park juga yang merawat ayahnya selama sakit, sehingga artis-penyanyi ini terpaksa berehat dari kariernya yang tengah bersinar.



Song Ji Seon

Song meninggal pada 23 Mei 2011, setelah terjun dari tingkat 19 apartemennya di Seoul. Peliknya, sebelum membunuh diri, artis ini sempat menulis di twitternya, agar polis bergegas ke tempat tinggalnya tetapi kemudian memadam tweet tersebut. Setelah disediliki, sebab Song membunuh diri adalah kerana cinta. Dia mengaku mempunyai skandal asmara dengan pemain besbol profesional, Im Taehoon (23). Namun Im meninggalkannya dan Song kecewa.



 Chae Dong Ha


Ini kes paling mutakhir, Chae Dong Ha ditemui menggantung diri di kediamannya pada 27 Mei 2011. Bekas ahli SG Wannabe ini dikhabarkan bunuh diri kerana tekanan akibat mantan pengurusnya meninggal dunia 2 tahun lalu akibat menghidu gas di sebuah bilik hotel.

Chae Dong Ha telah menulis pesanan kepada pengurusnya, yang berbunyi, 


“Ini adalah saat yang lebih menarik daripada ciuman pertamaku. Pengurus pertamaku. Temanku, dan saudaraku. Pada saat aku bertemu orang itu, aku telah menerima isi seluruh dunia. Pada 9 Jun 2009, dia tidak lagi di sisiku. Separuh hatiku masih hilang. ‘Hyung, Anda harus bahagia, okey? Janji padaku bahawa hyung akan bahagia …”  

sumber: http://xpostartis.blogspot.com     

Entri-Entri Berkaitan.....

16 comments:

  1. aduhh. lawa lawa but end up with suicide =.='

    ReplyDelete
  2. bila agama diketepikan

    ReplyDelete
  3. oohh..jung da bin yang berlakon citer attic cat ngn kim rae won tu...huhu..xthu pn dia mati bunuh diri.sadis betul...

    ReplyDelete
  4. @Anonymous yup betul..lebih separuh drp penduduk korea xde agama~

    ReplyDelete
  5. mm..betol..bila x de kefahaman dalam beragama cam ni la jadinya..malaysia y majoriti beragama islam mgkin kurang sket dlm kes bunuh diri sbb ader kefahaman tentang hukum bunuh diri..

    ReplyDelete
  6. aihhh, asal stress je bunuh diri.. igt boleh slesai masalah k ?

    ReplyDelete
  7. sume cantik2 n kacak2... tp mati secara tragis..

    ReplyDelete
  8. hurrmm~~ muda2 dh mati awal~~ menempah maut saje~ -,-''

    ReplyDelete
  9. sikit2 bunuh diri..relax lah..smua org pun ad masalh...ingt korng je ke?..don't be a damn stupid lh..masuk kubur sape nk jawp..oh,lupe plak!korng smua fikir ad kehidupan semulakn..mane ade lh..klu dh mati..XIDUP BALIK!!..

    ReplyDelete
  10. hmmm.... sakit jiwa ar....

    ReplyDelete
  11. kalau aku hensem mcm tu..tak nk bunuh diri..kesian kat awek2..keke

    ReplyDelete
  12. biaq pi lah kat depa nak bunuh diri ke apaa . As long kita sebagai umat islam nii tak terikut dgn cara dorang . Dah depa orang kafir .-. memang biasa lah dgn bunuhbunuh diri segala nii -,-

    ReplyDelete
  13. ini membuktikan kekayaan bukan menjadi kebahagiaan hdup.tekanan yg dhadapi membuatkan mereka mncri jln singkat.jdkn pengajaran.

    ReplyDelete
  14. ini membuktikan bahawa kekayaan tak menjamin kebahagiaan hidup.bukan mudah utk memuas kn hati bnyk pihak.itu yg membuatkn menjadi tekanan dan mengambil jln singkat dngn membunuh diri.ambil pengajaran.

    ReplyDelete
  15. xbk mengata org mcm 2.silap2 kita pla yg kena gmana?tp...pbuatn mbunuh diri 2 memg dosa besar.diorg bkn xda agama tp kalo da tknan 2 berat sgt 2 la yg bt diorg ambl jln singkat 2.jdiknla pengajaran buat kita yg mc hdp ne...bunuh diri 2 bkn cara yg btl utk selesaikn masalah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails