Skip to main content

Apple Dengki, Berjaya Sekat Jualan Samsung Galaxy





Apple berjaya mendapatkan perintah mahkamah di Jerman untuk menyekat Samsung daripada memasarkan keluaran komputer tablet terbaru mereka, Galaxy Tab 10.1 di Kesatuan Eropah (EU).
 
Apple iPad vs. Galaxy Tab

Dalam pertikaian terbaru mengenai paten dan hak cipta antara kedua-dua syarikat itu, perintah sekatan penjualan tersebut akan dilaksanakan di semua negara anggota EU kecuali Belanda, menurut satu sumber yang rapat dengan perundingan tersebut kepada agensi berita Jerman dpa.

Perintah yang dibuat oleh mahkamah negeri Dusseldorf itu dikenakan ke atas anak syarikat Samsung di Jerman iaitu Samsung Electronics GmbH dan syarikat induk di Korea Selatan.

Keputusan dibuat ketika Samsung bersiap sedia untuk melancarkan keluaran terbaru mereka, Galaxy Tab 10.1 di Jerman bulan ini.

Apple turut memfailkan tuntutan saman sebanyak 250,000 (RM1.09 juta) atau hukuman ke atas syarikat Korea Selatan itu jika tidak mematuhi perintah tersebut.

Pertikaian ini mencapai kemuncak pada April lalu apabila Apple menyaman Samsung di Amerika Syarikat dengan mendakwa telefon Galaxy dan komputer tablet syarikat itu meniru perisian iPhone dan iPad, tetapi Samsung bertindak mengemukakan saman balas.

Sejak itu, pertikaian di mahkamah antara kedua-dua syarikat itu merebak ke beberapa negara dan pada awal Ogos lalu, Samsung menangguhkan pelancaran Galaxy Tab 10.1 di Australia ekoran Apple memfailkan tuntutan mahkamah bagi menghalang penjualan produk itu di seluruh dunia.

Mahkamah Australia turut mengarahkan Samsung menangguhkan pengiklanan dan pemasaran produk tersebut sehinggalah pertikaian itu selesai.

sumber: utusan malaysia

Comments

  1. Syarikat Apple memang tak berguna...dan patut dibenci oleh peminat2 gadget seluruh dunia.
    Sudah le produk mahal, tidak boleh ditiru modelnya walaupun 1% lebih2 lagi ditiru oleh musuh yang ditakutinya - Samsung yang hebat itu.

    Kalau syarikat lain tiru, Apple tak takut, kerana syarikat lain leceh, Samsung lebih power lagi!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.