Tuesday, August 9, 2011

8 Ketua Kampung di Indonesia Mahu Kibar Bendera Malaysia





Akibat marah dengan kelemahan pihak berkuasa, lapan ketua kampung di daerah Sintang, Kalimantan Barat bercadang mengibarkan bendera Malaysia sempena hari kemerdekaan republik Indonesia pada 17 Ogos ini.


Ia sebagai tanda protes berikutan tindakan kerajaan mengabaikan tanggungjawab menyediakan kemudahan prasarana dan perkhidmatan untuk rakyat yang tinggal di sempadan negara ini dengan Sabah dan Sarawak.

"Pentadbiran tempatan di kawasan sempadan itu hanya mengambil berat mengenai kebajikan rakyat sewaktu pilihan raya saja. Pada masa lain, rakyat dilupakan," kata TB Hasanuddin, seorang ahli politik daripada parti pembangkang Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan.


Menurut beliau, sejumlah besar penduduk Indonesia yang menetap di kawasan pedalaman Kalimantan selama ini terpaksa mendapatkan perkhidmatan kesihatan atau mencari kerja di Malaysia kerana semua itu tidak disediakan oleh kerajaan Indonesia.

Hasanuddin menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal menyediakan keperluan rakyat. Beliau juga memberi amaran akan berlaku penghijrahan beramai-ramai rakyat Indonesia ke Malaysia, seandainya pembangunan tidak seimbang seperti yang sedang berlaku di sempadan itu tidak ditangani dengan baik.


"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan dan memastikan kemakmuran rakyatnya," ujar beliau.

 p/s: bersyukurlah kita menjadi rakyat Malaysia...kibarkan jalur gemilang anda :)

sumber: utusan

Entri-Entri Berkaitan.....

8 comments:

  1. sangat bersyukur menjadi warga Malaysia..:)

    ReplyDelete
  2. wooo!!! ini berita yg sgt cool...biasa dgr dorg asyk mara2 kita jep...hehe

    ReplyDelete
  3. eyhhh jgnlar dorg pindah rmai2 kat sini

    ReplyDelete
  4. kibarkan bendera malaysia sbb rasa mrh je...kerajaan kita tak perlu rasa bangga cuma giatkan lagi jaga sempadan..dan halang kemasukan rakyat sana..sebab sy generasi baru tak mahu generasi akan datang mix,kurang mentaliti dan bersikap egresif untuk perkara sia2

    ReplyDelete
  5. @an nyek

    tak cool langsung,,kalo diorang kibarkan sebb mrahkan kerajaan diorng dan dtg sini buat satu generasi..dats not cool...

    ReplyDelete
  6. Saya baru membaca artikal ini dan menyokong tindakan rakyat Indonesia menyuarakan ketidakpuasan mereka dgn Pemerintah dari segi pembangunan infrastrukter jika dibandingkan dgn negara tetangga Sarawak.Sehingga tahun 2015 Kerajaan Sarawak sudah membina dan menaiktaraf semua jalan disemua pintu masuk dari Sarawak ke Kalimantan. Kami berharap Pemerintah Indonesia membiaiki infrastruker Jalan seperti yg ada di Sarawak semoga ia boleh meningkatkan ekonomi kedua Negara.

    ReplyDelete
  7. Saya baru membaca artikal ini dan menyokong tindakan rakyat Indonesia menyuarakan ketidakpuasan mereka dgn Pemerintah dari segi pembangunan infrastrukter jika dibandingkan dgn negara tetangga Sarawak.Sehingga tahun 2015 Kerajaan Sarawak sudah membina dan menaiktaraf semua jalan disemua pintu masuk dari Sarawak ke Kalimantan. Kami berharap Pemerintah Indonesia membiaiki infrastruker Jalan seperti yg ada di Sarawak semoga ia boleh meningkatkan ekonomi kedua Negara.

    ReplyDelete
  8. Saya baru membaca artikal ini dan menyokong tindakan rakyat Indonesia menyuarakan ketidakpuasan mereka dgn Pemerintah dari segi pembangunan infrastrukter jika dibandingkan dgn negara tetangga Sarawak.Sehingga tahun 2015 Kerajaan Sarawak sudah membina dan menaiktaraf semua jalan disemua pintu masuk dari Sarawak ke Kalimantan. Kami berharap Pemerintah Indonesia membiaiki infrastruker Jalan seperti yg ada di Sarawak semoga ia boleh meningkatkan ekonomi kedua Negara.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails