Skip to main content

Pemuda Bernama Harry Potter Ini Jalani Kehidupan Serba Kepayahan


Persamaannya memang ada - kesan parut pada dahi. Tetapi perkara paling jelas yang mereka kongsi ialah 11 huruf yang membentuk dua nama pendek - Harry Potter.


Dan Harry Potter sebenar boleh mengesahkan, kehidupannya menjadi haru-biru kerana berkongsi nama dengan watak dalam filem sihir.

Potter sebenar berdepan dengan pelbagai masalah termasuk daripada orang awam, polis, syarikat telefon hingga kepada pengadil bola sepak hanya kerana dia berkongsi nama dengan tukang sihir terkenal seluruh dunia.

Potter yang lahir pada 1989 menjalani hidup normal seperti kanak-kanak lain selama lapan tahun. Tetapi hidupnya berubah selepas buku pertama JK Rowling, Harry Potter And The Philosopher's Stone diterbitkan. Ia menjadi lebih buruk apabila filem pertama ditayangkan.


Namanya menyebabkan dia menjadi bahan lawak manakala dalam urusan rasmi, termasuk dengan polis dan syarikat telefon, dia ditempelak kerana disangka cuba berjenaka.

Ibunya, Tracey Shaw, 47, tidak pernah menyangka nama yang dipilih untuk anak pertamanya itu akan menjadi fenomena di seluruh dunia.

"Orang ramai menyangka namanya diambil bersempena Putera Harry. Dan itulah gelarannya ketika masih kanak-kanak. Kami memanggilnya Putera Harry," kata Tracey.

Menurut Potter hidupnya berubah selepas buku Rowling diterbitkan.

"Alangkah bagus jika dia tidak menggunakan nama saya. Pada mulanya saya sangka ia baik tapi kini saya rasa seperti 'disihir' dan saya sentiasa dijadikan bahan jenaka atau ditempelak setiap kali berurusan dengan pihak lain. Ramai yang terlupa saya menjadi Harry Potter sebelum buku Rowling. Saya berusia sembilan tahun sebelum buku pertamanya diterbitkan," katanya.

 

Ibunya turut membeli buku pertama itu tapi mereka tidak menjangka apa yang akan berlaku selepas itu.

"Setiap kali bermain di sekolah, guru-guru akan mempersenda nama saya dan ia menyebabkan saya menjadi pendiam. Selepas 12 tahun, saya kini tidak lagi boleh mengira berapa banyak saya dipersendakan dan ada kalanya saya hilang sabar," kata Potter.

Hakikatnya, Potter adalah pemuda biasa yang bekerja di Bank Lloyds TSB. Ketika mengisi borang untuk memohon pekerjaan itu, tiada siapa percaya dia menulis nama sebenarnya.

"Pada masa ini, saya satu-satunya pekerja yang tidak perlu menyebut nama ketika menjawab panggilan telefon. Jika saya memperkenalkan diri, ia pasti akan menjadi bahan jenaka."

Jika Daniel Radcliffe yang memegang watak Harry Potter dalam filem sihir itu dan berusia 22 tahun seperti Potter sebenar, menjalani kehidupan mewah, Potter sebenar berkata, dia cukup gembira jika dapat membeli rumah bersama buah hatinya, Philippa Hall, 20.

Mengimbau kembali detik kali pertama berkenalan dengan Philippa, Potter berkata, dia terpaksa menunjukkan pasportnya untuk mengesahkan namanya.

 

"Saya menunjukkan pasport, lesen dan kad bank untuk meyakinkannya. Malah saya juga terpaksa berdepan situasi sama apabila ingin melakukan pelbagai perkara, termasuk membeli tiket semusim kelab bola sepak Portsmouth FC .

"Saya minat bola sepak tapi saya berdepan masalah di pejabat tiket. Mereka pada mulanya tak percaya Harry Potter adalah nama saya tapi bila berjaya meyakinkan mereka, ia menjadi bahan jenaka pula. Masalah itu tidak pernah berakhir.

"Saya juga bermain bola sepak untuk liga tempatan dan apabila menang, media tempatan pasti akan mendakwa saya menyihir pihak lawan," katanya lagi.

Meskipun tujuh buku buku Harry Potter dan filem mengaut keuntungan STG15 bilion (RM84.6 bilion), bagi Potter, dia hanya inginkan hidup normal.

 

"Saya hanya mahu masyarakat percaya itulah nama saya," katanya.

sumber: harian metro, dailymail.co.uk, telegrapgh.co.uk

Comments

  1. hahhaha.. sian dier..
    msti serba salah je nk sebut nme sndri ble ad org tnye..

    ReplyDelete
  2. wah.. kesiannya kat dia... nama femes pon diketawakan org... nasib2..

    ReplyDelete
  3. kt malaysia halimah jongng..huhu..

    ReplyDelete
  4. kesiannye..ingat ke bangga kongsi nama dengan watak femes..ni laen plak jadinya~

    ReplyDelete
  5. Wah bangganya kalau nama Shuk pon jadi mcm dia. popula beb.. haha alahai kesian jugak la dia..

    ReplyDelete
  6. x sgka, ada org nama HARRY POTTER for real. uhuk2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.