Skip to main content

Pasangan Tunang Termuda di Dunia


Dua warga Syria, masing-masing berumur 3 dan 5 tahun, merupakan pasangan termuda di dunia yang bertunang atas kerelaan mereka sendiri setelah masing-masing jatuh cinta.
Ibu bapa Hala, yang berumur 3 tahun dan tunangnya, Khalid, berusia lima tahun, mendakwa kanak-kanak itu telah bersetuju untuk pertunangan itu. Cerita mengenai pertunangan itu telah mendapat liputan luas media di negara itu dan orang ramai mengucapkan tahniah.
 

Bapa kepada Khalid, Encik Juma memberitahu sebuah akhbar bahawa Khalid adalah anak tunggal dari perkahwinannya yang berlangsung selama lebih daripada 25 tahun.
 

"Saya dan isteri mendapat Khalid selepas 20 tahun perkahwinan, ia kehamilan yang rumit. Saya berikrar untuk anak saya bahawa dia akan hanya berkahwin dengan seorang wanita pilihan pada umur 15 tahun , "katanya.
 

"Namun hari berganti hari sehinggalah Khalid jatuh cinta dengan seorang gadis yang berusia tiga tahun yang beliau telah temui semasa lawatan keluarga ke bandar laut Lattakia." 

Khalid telah dilaporkan merindui teman wanitanya itu selepas dia kembali bersama keluarganya ke Homs. Beliau enggan untuk pergi ke kelas tadikanya jika teman wanitanya itu tidak pergi bersamanya.
 

"Khalid memberitahu saya dan ibunya bahawa dia ingin tinggal dengan Hala atau membawa pulang Hala ke Homs." kata Juma.
 

"Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan sehinggalah isteri saya menelefon ibu Hala dan bertanya pendapat beliau mengenai pertunangan tersebut. Ibu Hala berkata anak perempuannya itu turut menghadapi gejala kesepian yang sama dan keluarga itu akan gembira melihat mereka bertunang."
 

"Ketika itu saya teringat akan sumpah yang saya buat sebelum kelahiran Khalid, dan memutuskan untuk membeli cincin pertunagan. Kami kemudiannya pergi semula ke Lattakia untuk meraikan majlis pertunangan," katanya.
 

Juma berkata semua persiapan berjalan dengan lancar dan pasangan itu telah bertukar-tukar cincin seperti orang dewasa.
 

"Kita tahu bahawa Khalid atau Hala mungkin akan mengubah fikiran mereka pada masa akan datang, tetapi apa yang kita tahu pada peringkat ini adalah bahawa mereka sangat gembira dan bercakap antara satu sama lain setiap hari. Khalid akan menunggu sehingga dia berusia 15 tahun untuk berkahwin dengan Hala.

 
 


source: http://gulfnews.com/news/region/syria

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.