Skip to main content

Minuman Ada Alkohol Kurang 1 Peratus Harus Diminum - Majlis Fatwa Kebangsaan


Semua minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai kandungan alkohol kurang satu peratus adalah harus diminum.

 

Perkara itu diputuskan dalam muzakarah khas, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang diadakan dari 14 Julai hingga 16 Julai lalu bagi membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan.

Mesyuarat itu juga memutuskan minuman ringan yang mengandungi alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya atau alkohol itu terjadi secara sampingan ketika proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus dimakan atau diminum.

Ia dicapai selepas jawatankuasa menerima taklimat, pembentangan dan penjelasan oleh pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (UPM) serta berdasarkan keputusan yang dibuat dalam Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini.

“Semua makanan dan minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol bagi tujuan penstabilan adalah harus digunakan dengan syarat ia tidak dihasilkan daripada proses pembuatan arak.


“Selain itu, kuantiti alkohol dalam produk akhir itu juga mestilah tidak memabukkan dan mengandungi kadar alkohol tidak melebihi 0.5 peratus,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, hingga mencetuskan isu mengenai ‘bir halal’.

Berikutan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menghantar sampel empat jenama berlainan minuman berkarbonat diimport dari beberapa negara Asia Barat bagi menjalani ujian terperinci di Jabatan Kimia susulan kekeliruan pengguna Islam terhadap kandungannya.

Difahamkan keputusan mengenai status minuman berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pihak terbabit.


Dalam pada itu, muzakarah sama turut memutuskan minuman ringan dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.


sumber: berita harian

Comments

  1. bukan ke minuman ni dibuat utk ganti arak versi halal.dari perenggan last, maknanya minuman ni haram la kn?

    ReplyDelete
  2. @Anonymous yeah,kalu ikut perenggan terakhir tu, minuman ni mmg haram la kan..but perenggan 2nd last tu jugak ada mention statusnya msih blom disahkan

    ReplyDelete
  3. dah kuar kat tv arak ni haram. jgn pcaya arak ni halal. klu dh khamar tu ttp haram wlw pn jmlahnya 0.000000000000000000000000000001%

    ReplyDelete
  4. tapai ubi or pulut yang slalu di makn mengandungi alkohol jgk kan??...

    ReplyDelete
  5. HI :)-ttp haramla walau ade sedikit kandungan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.