Skip to main content

Malaysia Negara Paling Selamat Di Asia Tenggara, Ke-19 Di Dunia

 
 
 

Kajian Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.
Malaysia juga diletakkan negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia. Ini julung kali Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan antara enam negara bukan Eropah menduduki 20 tempat teratas di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.

Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga 38 pada 2008 sebelum memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-26 pada 2009 ke tempat ke-22 pada 2010 dan ke-19 pada 2011.
 

Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.

Petunjuk itu dipilih panel ahli akademik antarabangsa, ahli perniagaan, dermawan dan anggota institusi keamanan bagi tempoh 15 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011. Kajian menyatakan Malaysia mengambil alih kedudukan Singapura yang tersenarai sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara pada 2010, kini tempat kedua serantau dan 24 keseluruhan.

Ia diikuti Vietnam di tempat ke-30 keseluruhan, Laos (32), Indonesia (68), Thailand (107), Myanmar (133) dan Filipina (136). Dalam kalangan negara maju, United Kingdom menduduki tangga ke-26, Korea Selatan (50), China (80) dan Amerika (82).

10 Negara Paling Tidak Selamat di Dunia


source: berita harian, http://www.visionofhumanity.org/

Comments

  1. haha... harap negara ini terus aman dan sejahtera seperti sekarang.. :)

    ReplyDelete
  2. moga malaysia terus aman dari anasir2 yg cuba memecahbelahkan negara.hargailah apa yg kita ada hari ini~

    ReplyDelete
  3. Syukur lah dengan keamanan yang ada sekarang...biar segala kemelut diselesaikan secara damai..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Mcm Mana pula kalu dicampurkan dgn jenayah tersembunyi??.. maksudnya yang takde buat report polis??... tangga keberapa agaknya... Huhuhu...

    ReplyDelete
  5. @Anonymous anon, u tahu ke berapa byk jenayah tersembunyi? 1, 10 atau 100, ke beribu-ribu? kajian ini dilakukan bukan semata-mata brdasarkan jumlah report polis yg dibuat atas jenayah yg brlaku. ia berdasarkan 23 faktor dalaman dan luaran..sila bc betul2

    ReplyDelete
  6. even malaysia ni terkeluar dr garisan api pasifik.tkde gempa bumi,n puting beliung,tp stil bkn dlm top10.nmpak sgt byk korupsi n jenayah dlm malaysia.kalo kite dpt handle sume tu,konferm dlm top10

    ReplyDelete
  7. en. Ano sila study sikit table tu..Jepun yg ada gempa bumi pun tenpat ke3 terselamat. Bukan faktor2 tu yg diambil kira..

    Aku rasa pas BERSIH hari tu Malaysia di tangga tidak bertangga kot! hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”