Skip to main content

Macam-macam, Setiap 3 Julai Adalah Hari Lady Gaga Di Taichung,Taiwan




Ianya seperti kes Shah Rukh Khan yang mendapat anugerah Datuk dari kerajaan Melaka kerana melakukan penggambaran filemnya di negeri tersebut. Mujur Lady Gaga tak buat persembahan di Melaka; kalau tak mungkin si gaga ni dah dapat title Datuk Lady Gaga agaknya...haha, mujur juga kes ini berlaku di Taiwan...


Bandar Taichung di Taiwan mengisytiharkan semalam (3 Julai) sebagai Hari Lady Gaga kerana penyanyi berimej pelik itu merupakan diva pop yang pertama mengadakan lawatan ke bandar itu sekali gus mencetuskan kegilaan dalam kalangan peminat dan media tempatan.

Tampil dengan memakai rambut palsu berwarna hitam dan putih, seluar dan baju berwarna merah berserta baju tanpa lengan bercorak harimau belang, Lady Gaga diberi penghargaan oleh Datuk Bandar Taichung, Jason Hu pada majlis yang dihadiri oleh ratusan penyokong penuh semangat.


"Sebagai sebahagian dari Taichung, hari ini saya mengisytiharkan Hari Lady Gaga yang ditujukan kepada seluruh peminatnya," jelas Hu.

Ratusan peminat Lady Gaga berada di tepi jalan dengan memakai kostum dan rambut palsu ala penyanyi itu. Salah seorang peminat lelaki memakai kostum kepala babi bagi memberi penghormatan ke atas pakaian penyanyi itu yang sebelum ini diperbuat daripada daging mentah, lapor stesen televisyen TVBS.

Lady Gaga yang berusia 25 tahun merupakan salah seornag penyanyi yang paling popular di Taiwan. Kehadirannya di Taiwan mendapat liputan di muka hadapan kebanyakan akhbar utama.


Lagi gambar-gambar menarik:

 
 
 
 
 
 
 
 
 

sumber: kosmo, http://www.nbclosangeles.com, http://www.straitstimes.com 

Comments

  1. taksubnya diaorang kat Lady Gaga...pelik aku...
    manusia nih tak dapat nak diramalkan....

    ReplyDelete
  2. wah ini keminatan yang melampau ni..

    ReplyDelete
  3. boneka The Hidden Hand ni jugak nak di minat dorg..huhu~

    ReplyDelete
  4. "pew nth yg d mintkn kt bdut ni..kui..kui..

    ReplyDelete
  5. nax tao? badut niey laa yg aja kiteowg supaya brsyukur dgn apa yg dianugerahkan oleh Tuhan, bcoz we were born this way, baby~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.