Ini mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang sukar mengawal masalah jerawat. Bagi yang mudah terkena jerawat, fikirlah dua kali jika anda suka minum susu.
Kajian yang dilakukan oleh Harvard School of Public Health mendapati golongan remaja yang gemar minum susu, tidak kira sedikit ataupun lebih dalam sehari, berkemungkinan mempunyai 45 peratus risiko untuk membentuk kawasan berjerawat di sekitar muka, berbanding dengan mereka yang kurang atau tidak menggemarinya.
Hormon androgenik yang ditemui di dalam susu dikatakan menjadi penyebab lain yang membawa kepada pertumbuhan jerawat. Hormon androgenik seperti testosteron biasanya mula terbina di kalangan lelaki dan wanita ketika sudah mencapai akil baligh. Ia bertujuan untuk mengawal pertumbuhan dan mengekalkan karekter maskulin.
Elemen lain yang terlibat seperti IGF-1 berfungsi untuk meningkatkan kadar insulin yang membawa kepada peningkatan hormon androgenik dan juga menggalakkan abnormaliti pada sel kulit keratinocytes dikaitkan dengan proses pertumbuhan jerawat.

Menurut Dr. Steven Chow, konsultant dermatologi, hormon androgen boleh mempercepatkan pengeluaran sebum pada kulit luar yang melekat dengan folikel rambut.
"Sebum yang berlebihan dan sel yang terbina pada saluran akan menutup liang roma dengan plak minyak yang solit dan padat, menyebabkan situasi di mana bakteria dan yis mudah membiak. Sistem imunisasi bertindak akan menyebabkan jerawat atau liang roma tersumbat.
"Walaupun begitu, kaitan di antara jerawat dan susu tidak boleh disamakan seperti mengatakan susu menjadi penyebab jerawat. Terdapat banyak faktor lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat seperti tekanan dan alat kosmetik biarpun mengurangkan kadar pengambilan susu akan mengurangkan risiko masalah jerawat.

" Apa yang lebih penting untuk kulit yang bersih adalah mengekalkan penjagaan kulit yang baik. Jika terdapat pertumbuhan jerawat dan penggunaan ubat untuk mengelakkannya tidak berhasil, jumpalah pakar untuk mendapatkan penyelesaian rawatan seperti antibiotik, retinoids atau pembedahan jerawat," kata Dr. Steven Chow.
sumber: http://budulagend.blogspot.com, http://acne.about.com/od/acnetriggers/a/milkandacne.htm, http://ezinearticles.com/
owww...yekee...best info ni..
ReplyDeleteowh info menarek..thanks for sharing en.billy~
ReplyDeletewahhh. camni plak.
ReplyDeletetapi nanti tak tinggi la.
hoho
oh polak..ingtkn susu menbantu mngurangkn jerawat, not other way around..LOL~ sometimes fact is hard to be acceptable~ neway tq
ReplyDeletebtol ka....sdg kan nabi kita menggalakan umat dia minum susu...cm na nie...
ReplyDelete